? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, April 5, 2010

السلام عليكم


CERPEN

Mujahadah Cintaku





Prolog:Munajat hambaMu

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-waniata yang baik pula”(An-Nur:26). Berjuraian lagi air mataku ketika tafsir kalamullah ini kubaca. Sebak dadaku bila memikirkan diri yang hina ini. Layakkah aku mengimpikan zauj yang soleh sedangkan diri ini masih banyak dosa kepadaMu. Astaghfirullahalazim….Aku meraup muka, menyapu sisa-sisa air mata yang membasahi pipiku. Aku menoleh ke muka jam di atas meja belajar, jam 1.00 pagi. Kemudian, ku toleh pula rakan sebilikku, Adawiyah..”Alhamdulillah, dah nyenyak tidur pun. Ke mana agaknya jelajah mimpimu.” Monologku sendirian. Seusai menunaikan Solat Taubat, sejadah yang terhampar dan telekung yang kupakai kulipat kemas ke dalam almari comelku. Aku menuju ke meja belajar dan melihat sebentar jadual kuliah untuk hari esok. Selepas memilih dan memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg, aku mula menguap beberapa kali, tandanya Sang Bantal dan Cik Selimut Biru sudah menunggu kehadiranku!



**************************
Mujahadah 1: Hidup menuntut Mujahadah!


“InsyAllah, Selasa ni tugasan projek Lughotul Arabiyah akan diberikan”, tenang suara Ustaz Jazlan, pensyarah dari Al-Idarah Arabiah. Aku mencuri lihat rakan-rakan sekelas, khusyu’ dan redha dengan kata-kata ustaz. Tersenyumku sendirian, inilah semangat bakal-bakal murabbi yang dicari. Ustaz meneruskan kuliah Lughotul Arabiyah hingga ke jam yang terakhir. “Ilaliqo’ ”, ucap ustaz sambil melangkah ke luar kelas. Seketika kemudian, azan Zuhur berkumandang. Aku segera mengemas buku-buku yang kubawa ke dalam beg dan bergegas ke masjid kampus. Bukan apa, jika terlewat pasti ramai muslimat yang beratur untuk mengambil wudhu’, terlepas pula peluang berjemaah di masjid nanti.


************

Alhamdulillah, dapat juga berjemaah hari ini. Setelah mengaminkan doa Imam, aku bersalaman dengan jemaah yang lain. Aku meluaskan pandangan mencari pensyarah-pensyarah yang berkesempatan berjemaah di sini. Bagiku, keberkatan ilmu itu sangat penting, salah satu caranya dengan bersalaman dan memohon ampun dari mereka. Kemudian, aku bangkit dan ..Zupp…tiba-tiba mataku bertamu pandang dengan seseorang dari tirai bahagian muslimin. Aku segera menundukkan pandangan kerana sangat terkejut.”Ish, siapa pula lah yang tak reti-reti nak tutup balik tirai kain ni”. Aku mengomel sendiri. Kemudian, aku segera mencapai beg dan meneruskan langkah ke Baitun Nisa’.

“Izzah, lewat balik hari ni?’’, sapa Adawiyah sebaik sahaja aku tiba di bilik.
“Aah, singgah maktabah sekejap tadi, renew Kitab Tafsir Ibnu Kathir ni, dah makan?” tanyaku sambil meletakkan buku ke meja belajar.
“ ’Ada tunggu Zah lah ni, jom makan, dah berdondang sayang perut ni” katanya sambil tersenyum. Beruntung aku dikurniakan teman sebilik sebaik Adawiyah. Walaupun umurnya setahun muda dariku, namun fikirannya matang malah sentiasa mengambil berat tentang diriku. Lebih-lebih lagi, pada tahun ini aku terpilih sebagai Majlis Pimpinan Muslim (MAPIM) di kampus.


Mujahadah 2: Mujahadah bukan palsu!


Kecekapan mengurus diri dan membahagikan jadual waktu dengan bijak perlu ada di dalam diri setiap pemimpin. Terngiang-ngiang madah pujangga dari salah seorang guruku dulu. Ya! Kini akulah orang itu, akulah pemimpin itu. Duhai diri, jangan kau kesali taklifan yang dipertanggungjawabkan kepadamu. Dengan tugasan sebagai seorang anak, penuntut ilmu, naqibah dan pemimpinlah kau akan mengenali siapa dirimu, siapa Tuhanmu. Jadikanlah peluang ini sebagai wadah dan bekalan menuju akhirat.InsyAllah
Kebiasaannya, malam Selasa dan Rabu pasti ada kuliah maghrib yang disampaikan oleh para ustaz yang dijemput khas. Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua muslimin dan muslimat untuk menimba ilmu-ilmu syariah,al-quran,fikah dan sebagainya. Aku juga tidak ingin melepaskan peluang ini. Tetapi malam ini ada kelainan bagiku, saat menunaikan solat Isya’ aku begitu tertarik dengan bacaan al-quran yang dialunkan oleh Imam. Syahdu sungguh bacaannya sehingga bergenang kelopak mataku menahan sebak dengan bacaannya.


Sepanjang perjalananku ke bilik, mindaku ligat memikirkan siapakah yang mengimamkan solat Isya’ tadi. Suaranya tidak pernah ku dengar sebelum ini. Biasanya yang menjadi Imam adalah pelajar kampus sendiri dan kebanyakannya adalah suara-suara yang sama. “Biarlah..” getus hatiku. “Syukurlah bertambah ramai muslimin yang mampu kedepan menjadi Imam muda,kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh diharapkan” omelku lagi.


Aku terus membuka Yahoo Messenger sesampai dibilik. Sambil menaip tugasan, sambil bechatting., sekadar menghilangkan mengantuk..hehe.
……. “Soutul Azim added you as his friend”…….
“Eh,siapa pulak mamat ni,budak kampus ni ke?, aku tertanya sendiri.
“Salam, aasif ganggu nti”
“Wkmslm, anta siape?”
“Tak perlu kenal ana siapa, cukuplah sebagai Soutul Azim. Maaflah,ana ingat nti ni garang,selalu serius je kalau terserempak ngan ana”
Ewah-ewah,sesedap rasa mengata orang,dah la aku tak kenal siapa dia. Ni boleh mendatangkan kemarahan ni.Sabar Izzah.
“Baguslah kalau pandangan nta kat ana macam tu, sekurang-kurangnya tak da lah lelaki yang berani kacau ana,kecuali anta”
“Bolehlah kita kawan kan?Sekadar berkongsi Ilmu”
“Ok je. Tapi buat masa ni ana sibuk sikitlah.Kita sambung bercerita hari lain ye”


*********************
Sejak diganggu “Soutul Azim ” yang entah dari planet mana datangya, aku tidak lagi mengaktifkan YM. Lebih-lebih lagi , kala ini bulan Ramadhan telah tiba. Aku tidak mahu mencemarkan diriku dengan melayan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dan saat untuk pulang ke desa menyambut Hari Raya tinggal beberapa hari lagi. Aku betah menghabiskan tugasan kuliah, mengadakan usrah bersama adik-adik tercinta juga beberapa kerja MAPIM yang akan diselesaikan sebelum masing-masing pulang berhari raya.


***************
Tet!Tet! Isyarat mesej dari telefon Sony Ericsonku.
“Salam aidilfitri ucapan diberi, maaf jika ada kesalahan di hati”-Soutul Azim.
Hampir terlopong mulutku bila mesej ringkas itu kubaca. Mana pulak la mamat ni dapat nombor telefonku. Aku kebingungan. Jam di dinding menujukkan 6.45 pagi. Dah la awal-awal pagi mesej aku. Kacau daun la mamat ni.Terasa menyirap sedikit darahku atas gangguan pagi-pagi ni. Aku menggenggam erat telefonku. Kali ini aku nekad, biarlah saat ini menjadi titik tolak terakhir aku berbicara dengan insan yang kononnya “Soutul Azim”


“Jazakillah, tapi ana nak tanya mana anta dapat nombor ana ni?Dan siapa anta sebenarnya?”
“Aasif jika mengganggu ketenangan di pagi raya, ana la Huzaime”
Ya Allah! Huzaime. Satu persatu peristiwa tebayang di tubir mataku. Huzaime yang aku bertentang mata dengannya di tirai masjid, Huzaime yang mengimamkan solat Isya’ setelah aku diberitahu rakan tentangnya, Huzaime jugalah salah seorang ahli MAPIM di kampus. Ya Allah! Bergetar tangan dan jantungku saat itu. Adakah dia yang Engkau hadirkan setelah saban malam aku memohon kepedaMU dalam memilih jodoh terbaik untukku.


Mujahadah 3: Pahitnya Mujahadah itu.


Kuliah dibuka semula selepas cuti Hari Raya. Dan aku adalah insan yang paling gentar meneruskan hidup di kampus ini. Aku teringat semula mesejku kepada Huzaime
“ Ana tak mahu persahabatan suci kita ada unsur lagho, harap anta faham, “ kataku.
“Ana faham dan ana hargai. Cuma hasrat hati ingin persahabatan kita berkekalan. Andai ada jodoh,sebelum grade nanti ana bagi tahu”
“Harap lepas ni kita tak selalu berhubung, ana tak mahu kredibiliti ana dan anta sebagai pemimpin dipandang rendah,”sambungku lagi untuk memahamkannya.
“InsyAllah, kita sama-sama mujahadah”.
Rasanya, itulah kali terakhir aku berhubung dengannya. Aku harus kuat dengan dugaan ini. Bagiku, kehadirannya hanyalah asbab dari Allah untuk menguji keimananku. Tabahlah duhai hati.


Epilog: Mujahadah Cintaku


Aku menangis lagi di hadapanMu Ya Allah.
“Janganlah Kau bebankan aku dengan sesuatu yang aku tiada daya untuk memikulnya.Andai dia jodohku, kau satukanlah kami dalam rahmatMu dan Kasih SayangMu. Andai dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah dirinya dariku.Ya Allah”.


Bercucuran air mataku saat sujud di atas sejadah dunia ini. Siapalah aku untuk memiliki insan sebaiknya, yang tinggi ilmu sepertinya, dan kudrat seteguhya dalam menjalankan dakwah.
Di sinilah aku sedar, bahawa cinta itu berkuasa sepenuhnya. Cinta adalah asas kehidupan manusia dan fitrah manusia adalah beribadah kepada Allah. Cinta tak mengenal siapa-siapa hatta seorang tukang kebun atau ahli korporat. Maka wahai ummat akhir zaman sekalian, jadikanlah Al-Quran dan Assunnah sebagai pegangan utama, nescaya hidupmu akan indah belaka.


Jadikan cinta Siti Khadijah kepada Rasulullah sebagai tauladan utama. Teguh imannya dalam mempertahankan cinta seorang suami yang menyebarkan dakwah kepada ummat sehingga sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk usaha dakwah suami tercinta.


Di sinilah jua aku akui, pentingnya Mujahadah Cinta dalam menggapai Rahmat Allah. Cinta sebenar adalah milikMu Ya Allah.

Kau simpanlah rasa cintaku ini khas buat bakal zaujku nanti.
Tentang aku dan Huzaime, biarlah Allah yang menentukannya. Allah yang membolak balikkan hati.Tetapkanlah aku di atas Siratul Mustaqim dan jadikanlah aku muslimah yang solehah. Ikhlasnya, akan kutunggu tahun akhir nanti!

Mujahadahlah wahai hati-hati menuju cinta hakiki milikMu Rabbi. Indahnya andai hidup bersama Islam di hati!


-Srikandi89-
15 Februari 2010
Cuti Mood(^^)v


p/s:watak2 dalam cerpen ini tiada kena mengena dengan mana2 pihak samada hidup atau yang telah meninggal dunia.

1 comments:

~KeLuH kEsaH sI rAMa- raMa~ said...

salam,,
yeker xdew kne mngena dgn sape2?
anyway penyampaian yg baek,struktur kate yg indah..
chewah!!
selamat berkarya....

Related Posts with Thumbnails