? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 19, 2009


Sirah:Dia Sang Tenang

Alhamdulillah, exam dah pun habis..So, 2,3 hari yang lepas dapat asgnment baru untuk melaksanakn misi" Murabbi's Generation Plan "time cuti ni. Pa dia tu???Sebenarnye,ana
dan beberpa sahabiah sefikrah diamanahkan memenuhkan cuti sem kali ni dengan tugasan2
yg trtntu...Ana kire memang menarik..
Salah satunye,mengkhatamkan Sirah Nabawiyyah ...
Di sini ade sedikit bahan yg ingin dikongsikan..
Baginda tidak lain tidak bukan adalah Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w..

Di tengah letih dia bercanda

Yang menarik berkenaan Rasulullah SAW, adalah baginda bukan pemimpin yang tension, mempunyai muka keruh, mudah hilang sabar dan sebagainya.
Baginda adalah manusia paling tenang dalam dunia. Dia tidak sengaja membengiskan wajah, tidak pula tak fasal-fasal berkeruh muka, hanya kerana dia ketua. Dia adalah paksi kepada ketenangan sahabat-sahabat sekelilingnya.
Ketika membuat persediaan untuk Perang Khandak, sahabat-sahabat menggali parit dalam keadaan kelaparan. Mereka mengikat perut mereka dengan batu bagi mengempiskan perut mereka agar angin tidak masuk, agar kurang rasa laparnya.
Namun, sampai satu ketika, mereka rasa tidak tahan. Mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang juga bersama mereka menggali parit. Mereka tidak mengadu dengan mulut, namun sekadar tersenyum dan mengangkat baju mereka, menunjukkan perut mereka yang diikat dengan batu tanda sangat lapar.
Rasulullah SAW ketika itu tersenyum. Lantas baginda pun mengangkat bajunya, menunjukkan perut baginda yang diikat juga dengan batu, bukan satu, tapi dua batu. Tanda baginda lebih lapar lagi. Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, terus menurunkan baju mereka dan menyambung kerja. Rasulullah lebih lapar lagi dari mereka.
Baginda tidak mengungkit dengan kata-kata yang kasar ketika itu. Tak kata pun: “Eh, aku pun lapar jugak. Aku dah la nabi. Korang ni baru lapar sikit, bising. Mengada-ngada”
Baginda tenang. Tersenyum walau susah. Berhikmah walau susah.

Di tengah kegentingan Uhud

Baginda juga bukan seorang yang gelabah ketika medan perang. Kalkulasi baginda amat tepat.
Saat paling getir dalam hidup baginda adalah Perang Uhud, di mana baginda dikelilingi puluhan tentera musyrikin Makkah dan hanya dilindungi oleh sekitar 10 orang sahabat-sahabat Ansar. Ketika itu baginda sedikit pun tidak menunjukkan tanda gelabah, malah mampu memberikan arahan dengan tenang.
Di dalam perang Uhud, ada berita angin menyatakan Rasulullah SAW telah mati dibunuh. Ramai sahabat-sahabat yang kucar-kacir mendengar berita palsu ini. Pada masa yang sama, Rasulullah SAW dikelilingi orang kafir Quraisy yang sudah menjumpai posisi baginda.
Saya, kalau ada di pihak Rasulullah SAW ketika itu, memang tak fikir apa dah. Mati katak sahaja. Tapi Rasulullah, baginda membuat kalkulasi paling tepat sekali, dengan memilih untuk menjerit.
“Wahai hamba-hamba Allah, aku Muhammad Rasulullah di sini”
Walaupun jeritan baginda ketika itu akan menarik lebih banyak lagi tentera Quraisy, baginda bertindak demikian atas dua tujuan. Pertama: Agar lebih ramai sahabat datang berkumpul di sekelilingnya, dan kedua: Agar terhapus berita angin, dan membangkitkan semangat sahabat-sahabatnya.
Baginda mempertaruhkan nyawanya ketika itu, untuk meningkatkan moral sahabat-sahabatnya.
Dan akhirnya, gelombang kedua Quraisy, berjaya dipukul pergi.

Di tengah kesempitan Hunain

Ketika perang Hunain, ummat Islam sudah amat ramai. Tentera Islam ketika itu sekitar 12,000 orang. Sebahagian tentera Islam rasa ujub dengan banyaknya angka mereka sehingga hilang pergantungan dengan Allah SWT.
Maka Allah menguji, dengan membuatkan tentera Islam kucar-kacir, diserang hendap tentera musuh di lembah Hunain ketika itu. Tambah pula, musuh menyerang dengan panah di atas lembah, manakala tentera Islam terpeangkap di tengah lembah. Ketika itu, terpancar ketenangan Rasulullah SAW.
Baginda, tidak pernah memilih menaiki unta atau kuda ketika peperangan. Ketika Perang Hunain, baginda memilih menaiki keldai. Kenapa keldai?
Kerana keldai adalah binatang paling lambat pick up sekali dalam dunia ni. Apabila suasana kucar kacir, keldai tak bergerak apa-apa, tenang. Kuda dan unta, gelabah melarikan tuan mereka. Maka Rasulullah SAW di atas keldai, tidak terpengaruh dengan kegelabahan tunggangannya. Keldai tidak terkejut.
Di sini kelihatan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Ketika itu, dengan tenang, dia memanggil pakciknya Abbas RA, kerana suara pakcinya itu amat besar, untuk menjerit dan memanggil semua tentera muslimin agar berkumpul di sekelilingnya untuk persediaan semula.
Kita pastinya lebih suka kuda dan unta kerana nampak gagah. Rasulullah, baginda memandang lebih dari itu. Tenangnya baginda.

Dengan isteri

Rasulullah SAW, bukan di hadapan pengikut sahaja tenang. Dengan isteri baginda pun, baginda amat tenang berhadapan dengan situasi-situasi bersama mereka. Hal ini menunjukkan, ketenangan baginda bukanlah palsu.
Pernah sekali, ketika giliran Rasulullah SAW bersama dengan Aisyah RH, isteri Rasulullah yang lain bernama Zainab binti Jahsy menghantar makanan. Aisyah RH rasa terganggu kerana ketika itu, adalah gilirannya dengan Rasulullah SAW. Lantas, Aisyah menolak semula makanan yang dihantarkan Zainab melalui khadamnya. Makanan itu jatuh dan perkakas yang digunakan untuk membawa makanan itu pecah.
Rasulullah SAW ketika itu tidak melenting, tidak menunjukkan rasa marah, tidak pula berkasar dengan Aisyah atas sikapnya. Baginda amat tenang, memikirkan semua perkara, baginda faham Aisyah masih muda dan agak mudah cemburu. Maka baginda sendiri bergerak, mengutip pecahan perkakas itu, dan makanan yang bersepah.
Kemudian baginda berkata: “Pergilah meminta maaf kepada madumu itu”
Itu sahaja. Dan Aisyah pergi.
Kalau kita la, agak-agak kalau jadi macam itu kita buat apa? Paling tidak pun kita akan terus kata: “Awak ni kenapa?” dengan suara yang tinggi.

Penutup: Banyak lagi

Menceritakan perihal Rasulullah SAW, tak akan habis dua tiga hari. Ketenangannya sahaja banyak peristiwa boleh dikaji menjadikan contoh. Belum lagi keberanian baginda, kepakarannya dalam menyusun, kegigihan dan ketabahannya, akhlaknya dan sebagainya.
Banyak lagi contoh ketenangan baginda. Contohnya semasa hijrah, semasa hampir wafat, semasa sahabat-sahabatnya ramai terbunuh dalam peristiwa Bir Ma’unah dan banyak lagi situasi.
Siapa yang melihat dan mengkaji peribadi Rasulullah SAW, maka pasti akan meremang bulu roma dengan semangat baginda, pasti berlelehan air mata dengan kegigihan baginda, pasti akan bergetar hati dengan ketabahan baginda.
-Langit Ilahi-

Namun siapakah antara kita yang berusaha menyelak sirah baginda?.kalau artis bukan main lagi..x yah disuruh cerita pun,volunteer je..
Sama2lah kite renungkan..Janganlah kite menjadi ummat yang rugi.

Thursday, November 12, 2009

Hidup Datang dan Pergi...
Assalammualaikum..

Buat diriku (insan lemah) juga khas untk sahabat2 sekelas,sepersatuan, sekelab dan sebagainya...


Hidup datang dAN pergi itu pasti,
Kite pasti tak boleh lari,
Kalau nak lari pun kemana arah yang kita nak pergi,
Nak masuk hutan binatang buas menanti,
Nak terjun laut tenggelam pulak nanti..

Hidup datang DaN pergi itu pasti,
Pesan Abah hidup kena hati-hati,
silap pilih haluan binasa diri,
Pesan Ibu jaga maruah diri,
Sekali tercalar bak bunga kembang tak jadi.

Hidup datang DaN pergi,
Itu pasti,
Aku harus bangkit bina hidup sendiri,
Tak boleh harapkan sesiapa lagi,
Aku akan berjuang Li Nafsi,
Mardotillah yang aku cari..

Perjalanan yang luas akan menambah erti hidup..Yang pergi tetap pergi,yang hidup akan kembali jua....Itu Pasti..
mpi,
gerimis di luar jendela,
exam mood

Monday, November 2, 2009

Assalammualaikum

AKU JATUH CINTA...

Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya meluahkan segala rasa yang tersimpan dalam hati . "Aku jatuh cinta"..tapi pada siapa?Salahkah saya mencintai orang2 yang halal saya cintai..?Haramkah saya mengasihi insan2 yang seringkali menjadi penghibur hati...?

Mereka yang saya maksudkan adalah adik2 usrah saya..Adik2 inilah yang membuatkan saya lebih menghargai orang lain.Mereka jualah yang menjadi peransang untuk saya meneruskan perjalanan hidup sebagai seorang dai'e..

Adik2ku..
Andai kamu keseorangan datanglah padaku,
Andai kamu resah gelisah mengadulah pada Tuhanmu,
Andai dirimu rasa disisih khabarkan padaku,
Andai kamu gembira aku jua bahagia sepertimu,

Adik2ku,
Janganlah Islam kau tinggalkan dari dirimu,
Janganlah sesekali Tuhan kau abaikan dalam lembaran hidupmu,
Janganlah maruah dirimu dicanang2 sesuka hatimu ,
Kelak diri ini yang akan disoal oleh Tuhanmu.

Kenangan @ Taman Botani (1/11/09 )


Bergambar sesampai disana..


seronoknye naek basikal..bilalah dapat berbasikal same2 lagi...



slot motovasi diri


Semusim bersama..seabad terasa ukhuwwah kite...



Bersama sahabat sefikrah...ukhuwwah fillah...



Segalanya untukmu...
Moga usaha saya yang sedikit ini dipandang oleh Allah dalam menyebarkan agamaMu..
Ukhuwwah itu indah
Andai kerana Allah...

Sunday, October 25, 2009

Dengan Nama Allah..
Zalim
zalim adalah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..

Seseorang itu dikira zalim jika:-

1) Berdoa hanya untuk dirinya sahaja, tetapi tidak untuk orang lain.

2) Tahu mengaji Al-Quran dengan baik, tetapi tidak membaca 100 dari ayat Al-Quran dalam sehari
.Sabda nabi yang bermaksud " Bacalah Al-Quran, nescaya pada Hari Qiamat, Al-Quran itu akan memberi pertolongan kepada MU."Selain itu, kita turut dituntut merenung dan menghayati maksud ayat2nya.

3)Memasuki masjid tetapi tidak menunaikan sunat tahiyyatul masjid
.Namun ade beberapa pengecualiannya iaitu :
-Jika ada majlis ilmu di dalam masjid, kita mesti duduk mendengar ilmu itu sebabnye menuntut ilmu adalh wajib sedangkan tahiyyatul masjid hanya sunat.
-Jika azan sedang berkumandang ketika kite nak masuk ke masjid, kite hendaklah terus melaksanakan solat sunat qabliyyah.
-Jika jemaah sedang solat ketika kita masuk ke masjid,kite hendaklah terus menunaikan solat bersama2 jemaah itu.

4)Lalu di hadapan perkuburan Islam,tetapi tidak mendoakan mereka.

5)Bermusafir dan singgah di sebuah kampung, tapi tidak menunaikan solat Jumaat.
-Musafir pada hari Jumaat MAKRUH jika yakin bleh menunaikan solat Jumaat, dan HARAM jika yakin tidak dapat solat Jumaat.,,

6)Orang alim datang ke tempat kite,tapi kita tak mahu mendengar apa yang ingin disampaikan...
-Contoh, jemaah Tabligh datang ke tempat kite, tapi kita lari malahan menghalau mereka...

7)2 orang yang bertemu tapi tidak bertanya name atau bertanya khabar.
-maknanya, sedap2 duk bersembang tapi lupe nak tanya name...cuba fikir, sejauh mana ukhuwah islamiyyah itu akan berpanjangan....

8)Tidak hadir ke undangan majlis
-kecuali ade keuzuran.Jiran sebelah hendaklah diutamakan berbanding jiran yang jauh. Sedara yang dekat perlu diutamakan sebelum kawan2 kite.

9)Pemuda yang tiada apa urusan, tetapi tidak mahu menuntut ilmu
-Minta dijauhkan...sepatutnya jiwa pemuda perlu dilazimi dengan majlis2 ilmu sebagai bekalan masa hadapan...tak gitu???..Jangan asyik bercinta je (^^)v

10)Kita kekenyangan tapi jiran sebelah hidup dalam kelaparan.

Annur (Kuliah wanita),Dato' Ismail Kamus,25/10/09,9.30 am.

Assalammualaikum..
Buat kesekian kalinya, diri yang hina ini ingin berkongsi sedikit dari ilmu Allah yang tidak terhitung luasnya..Entri kali ini mengenai sahabat
'Motivasi: Kamu sahabat aku, tapi aku bukan sahabat kamu'

Di dalam kehidupan ini, kita suka diberi. Disuap adalah kebiasaan manusia.Tidak ramai manusia menggerakkan diri mereka untuk menyuap dan memberi.
Sebab itu, lebih ramai manusia tidak mahu berusaha, tetapi hanya menunggu rezeki datang bergolek kepada diri mereka.
Begitu juga dalam persahabatan. Kita biasanya suka menerima. Atau, kita suka apa yang kita beri itu, dibalas semula. Jika tiada timbal balik, maka kita tidakakan bersemangat meneruskannya. Ramai orang menghadapi situasi ini.
Akhirnya mereka akan tertanya-tanya”“Saya dah buat baik pada kawan saya, tetapi dia buat macam tak tahu je kehadiran saya”“Saya ada sahabat, tetapi dia tak sayang saya”“Saya dah hargai dia, tapi dia tak pernah pun hargai saya”
Sebenarnya, hidup ni tak seindah teori. Tidak juga macam drama-drama atau kisah indah di dalam novel. Walaupun sebenarnya, teori itu tidak mustahil direalitikan, dan kisah indah di dalam novel dan drama tak mustahil di bumikan.Namun kita berhadapan dengan manusia. Manusia ada pelbagai ragam. Apa-apa sahaja boleh terjadi. Justeru, dari mengharap sesuatu yang tidak pasti, lebihbaik mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan pahitnya realiti.
Jadilah sahabat kepada orang lain, dan jangan sesekali kita tuntut orang lain menjadi sahabat kita.
-langit Ilahi-

Thursday, October 8, 2009

Assalammualaikum...

4 CARA KENAL KEAIBAN DIRI


1.Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2.Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3.Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4.Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.



Wednesday, September 30, 2009

Assalammualaikum...
KHAS UNTUK WANITA
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa merekan, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus mana mungkin kayu
yang benkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nanti mereka semakin liar
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan
Kerana nanti mereka semakin derita
Kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal
Disitu punca kehancuran dunia
Akal senipis rambutnya lebatkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan lah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan
Melihat nilaian dan keadilan Tuhan
bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahn
Ia bukan diskriminasi Tuhan
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur
Dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak
Mereka tidak akan lurus
Bahkan mereka semakin membengkok
Itulah akibatnya wanita yang tidak kenal Tuhannya
Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah harapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimipin wanita menuju Ilahi
Pimpinlah diri kepada-Nya
Jinakkan diri kepada Allah, nescaya akan jinaklah segalanya
Dibawah pimpinanmu

Jangan lah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA
Andainya dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMLLAHUWAJHAH

Tuesday, August 25, 2009

....RAMADHAN...




betapa beruntungnya kita semua…
kerana masih diberi peluang
untuk meraikan sambutan
bulan yang penuh mulia ini…
namun harus kita ingat…
di sebahagian pelosok bumi ini…
masih terdapat mereka yang ketandusan…
ketandusan makanan…
ketandusan harta…
ketandusan kasih sayang…
dan ketandusan kemerdekaan…
kekejaman di sana sini..
hidup penuh dengan hujanan bom..
peluru-peluru membunuh..
tidak mengenal si ibu tua..
mahupun si anak kecil..
menghancurkan tubuh..
mencarik daging..
menembus tulang..
titisan darah mengalir sayu..
membasahi bumi..
mengukir sejarah hitam..

justeru itu…
marilah bersama-sama kita panjatkan kesyukuran..
kepada YANG MAHA ESA
setinggi-tinggi kesyukuran..
yang lahir dari hati..
atas limpahan kurniaanNYA..
atas limpahan rahmatNYA..
atas limpahan kasih sayangNYA..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH…

duhai sahabatku..
moga Ramadhan kali ini mampu mengubah kita
menjadi mukmin bertaqwa
Berubahlah
selagi kita masih bernyawa..
TAKHBIR!!


Saturday, August 8, 2009

BERBAIK SANGKA

MANUSIA HARI INI SUKA BERSANGKA-SANGKA

ADA SANGKAAN BAIKADA SANGKAAN BURUK~~~~~

ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK

ORANG YANG RELAX DISANGKA MALAS

ORANG YANG PAKAI BAJU BARU DISANGKA MENUNJUK~~~~~

ORANG YANG BAJU BURUK DISANGKA ZUHUD (HINA)

ORANG YANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP

ORANG YANG MAKAN SIKIT DISANGKA KEDEKUT

ORANG YANG BAIK DISANGKA BURUK,

ORANG BURUK DISANGKA BAIK~~~~~

ORANG SENYUM DISANGKA MENGEJEK

ORANG MASAM DISANGKA MERAJUK

ORANG BERMUZAKARAH DISANGKA MEGUMPAT

ORANG DIAM DISANGKA SOMBONG

ORANG MENAWAN DISANGKA PAKAI SUSUK

ORANG NAMPAK CERIA DISANGKA MEMBELA~~~~~

MANA TAU YANG DIAM ITU KERANA BERZIKIR KEPADA ALLAH

MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH

MANA TAHU YANG MASAM ITUKERANA MENGENANGKAN DOSA~~~~~

MANA TAHU YANG MENAWAN ITU KERANA BERSIH HATI DAN MINDANYA

MANA TAHU YANG CERIA ITU KERANA CERGAS CERDASNYA~~~~~

JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA SANGKA

KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN UKWAH

SePERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API

SATU BENDA YANG KITA LIHAT,

MACAM MACAM KESIMPULANYANG BOLEH KITA BUAT,

SEMUANYA BERGANTUNG BAGAIMANA KITA MELIHATNYA.


“TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU……NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DIATAS BUMI KAMU”~~~~~-

IMAN AL-SYAHID HASSAN AL- BANNA.

Friday, July 31, 2009

Assalammualaikum

Sibukkan dirimu dengan kerja bermanfaat

"Tak rugi kalau masuk macam2 persatuan",kata Umiku."Kenapa pulak Umi,bukanke kite takkan ade mase untuk berehat dengan family dan rakan-rakan?",tanya saya kembali..Jawap Umi,"Memanglah sayang, tapi ianya amat berguna untuk kita mencari pengalaman baru dan sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress kita",terang Umiku dengan panjang lebar..Saya hanya menganggukkan kepala,ada benarnya juga...

Sebenarnya, hidup kite ini jika diisi dengan perkara2 bermanfaat lebih2 lagi jika kita minati pasti kita akan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh..Tak kiralah penat atau pelbagai cabaran yang kita hadapi..
Jadi,jangan buang masa lagi
Ayuh,isikan hidupmu dengan kerja2 bermanfaat dan kita minati



Kenangan penulis di Mukhayyam Lughatul Arabi 09

Aktiviti ceria bersama rakan sekuliah




Pertandingan Kompang Selawat 09

Niatkan setiap pekerjaan yang anda lakukan adalah kerana beribadah kepada Allah..InsyAllah setiap keringat yang menitis akan beroleh ganjaran pahala kelak..Amin (^^,)v

Tuesday, July 21, 2009

Assalammualaikum

"Slot bersama Fatimah Syarha"



Buat kesekian kalinya aku mencoret diari hidupku..Ohh.saat ini aku rasakan bagai mahu mengulang kembali zaman kecilku..tidak perlu memikirkan kerja2 sekolah, tugasan persatuan dan macam2 lagi.Alhamdulillah,walaupun begitu aku bersyukur kerna dengan menyibukkan diri , aku tidak betah mencari cinta manusia yang "Indah khabar dari rupa"..

Tanggal 19 Jun yang lepas,aku mengikuti slot bersama Fatimah Syarha.Beliau adalah kelahiran novelis yang baru .Aku amat meminati penulisan beliau sbb kebanyakan yang ditulisnya berkaitan denganku.Manis orangnya bila dipandang,apatah lagi mendengar kalimah2 tauhid dan motivasi dari beliau membuatknku lebih mengaguminya.

Lebih2 lagi dalam mencari erti cinta sebenar.Kalau bercinta dengan manusia bolehla kite nmpak orang yang kita cinta.Tapi bagaimana pulak nak bercinta dengan Allah?kan tak bleh nampak..konpius2.Namun,bagiku tak mustahil untuk menggapai cinta Allah, mudah jika kita benar2 ingin mendapatkannya..Hmm..kena mujahadah lObih la..

Antara ilmu baru yang aku dapat mase tu adlah tips untuk mendapat jodoh yang baik.

Tips yang disarankan untuk wanita:-
1)Berusaha menjadi produk yang solehah
2)Berusaha kawal diri jangn mudah menyerah pada lelaki
3)Berkawan dengan kawan2 yang solehah
4)Dampingi majlis ilmu untuk elak terbuai dengan perasaan cinta yang sia2
5)Minta org2 yang dipercayai agamanya untuk carikan jodoh yang baik untuk kita
6)Fokus pada pembinaan diri dahulu.

Semoga kepada para wanita soleha dan sahabiah yang dikasihi di luar sane dapat sedikit sebanyak tips untuk memperbaiki diri dalam usaha mendapatkan jodoh yang baik.



InsyAllah..




Kenangan bersama Fatimah Syarha





Wednesday, July 8, 2009

Assalammualaikum
SYUKUR..
(Sebuah Untaian Rasa)

Alhamdulillah,hari ini aku masih bernyawa

Alhamdulillah,hari ini nikmat Islam masihku rasa

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,keputusan peperiksaan begitu bermakna

Alhamdulillah,aku diluaskan jalan menimba ilmuNya

Alhamdulillah,hari ini aku masih bernyawa

Alhamdulillah,aku ditakdirkan mencipta nama menyumbang tenaga

Alhamdulillah aku dikelilingi sahabat peneguh jiwa

Alhamdulillah aku dikurniakan insan2 yang kucinta

Segala2nya.Alhamdulillah padaMu jua Yang Esa..

Bersyukurlah dengan apa yang ada...

Sunday, July 5, 2009

Assalammualaikum

7 Keajaiban dunia

sumber :FAI Fasilkom UI

Sekelompok siswa kelas geografi sedang mempelajari \'Tujuh Keajaiban Dunia.\' Pada awal dari pelajaran, mereka diminta untuk menyenaraikan apakah yang merupakan \'Tujuh Keajaiban Dunia\' saat ini. Walaupun ada beberapa ketidaksesuaian, sebagian besar daftar berisi:

1] Piramid
2] Taj Mahal
3] Tembok Besar Cina
4] Menara Pisa
5] Kuil Angkor
6] Menara Eiffel
7] Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, sang guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai masalah dalam menyenaraikannya..

Gadis pendiam itu menjawab, 'Ya, sedikit. Saya tidak boleh memilih karena sangat banyak" Sang guru berkata,'Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya.'

Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, \'Saya pikir, \'Tujuh Keajaiban Dunia\' adalah,
1] Boleh melihat,
2] Boleh mendengar,
3] Boleh menyentuh,
4] Boleh menyayangi,
5] Boleh merasakan,
6] Boleh tertawa, dan
7] Boleh mencintai

Ruang kelas tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk mengatakan bahawa bangunan2 yang dibina oleh manusia adalah suatu keajaiban sedangkan,nikmat Allah yang ada pada kita,sama sekali tidak kita sedari akan keajaibannya..
Moga sama2lah kita meng"adjust"kan semula akal fikiran agar kembali menyedari akan kekuasaan jua nikmat Allah..



Saturday, June 27, 2009

Assalammualaikum...



Dr Fathi Yakan VS Michael Jackson

Semalam seluruh dunia digemparkan dengan kematian Raja POP,Michel Jackson akibat konplikasi jantung..Sepantas kilat gambar2,jasa n kejayaan beliau dipertotonkan semula di kaca media hatta di Malaysia juga, heboh akan kematian beliau..

Saya termenung sejenak, mengimbau semula akan kehilangan ulama' yang kita sayangi..
Dr.Fathi Yakan baru2 ini..tak pulak di siarkan di kaca tv..Minda kecilku ini ligat membuat perbandingan..yang sorang ni berstatus penyanyi sedankan permata yang satu lagi adalah nyawa sanubari umat Islam..

Mengapa tidak ditangisi akan pemergian ilmuwan2 yang memperjuangkan agama Islam..huh..saya menggelengkan kepala.Itulah manusia yang sentiasa khilaf dalam membuat perhitungan..Tidak dapat membezakan yang mana kaca atau permata..
Kadangkala manusia sering berprasangka buruk terhadap sesuatu perkara.
Manusia suka menilai sesuatu perkara hanya dengan mata kasar mereka sahaja..tidak digunakan pula mata hati yang lebih tajam dan telus.

Sedangkan Allah telah berfirman dalam kitab 'Aziznya Surah Al-Hujurat : 12

Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain.Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah,Sungguh Allah Maha Penerima tobat,Maha Penyayang"


Saranan saya,janganlah kita sesedap rasa menilai sesuatu yang nampak di depan mata dengan tafsiran yang membabi buta..Maaflah jika agak kasar kedengaran tetapi itulah HAKIKATNYA manusia perlu dibilas dan dibasuh dengan kata2 yang menyentap hati mereka.Ingat di saat anda mentafsir sesorang,percayalah orang itu pasti juga sedang mentafsir tingkahlaku kita

Dan marilah bersama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Fathi Yakan..

Friday, June 19, 2009

Assalammualaikum


CERPEN:-
Sempena Hari Bapa Sedunia

"Aku Ada Abah"

Kala ini,hujan renyai2 di luar jendela asramaku.Cuaca sejuk di luar sana.Sesekali angin dingin menerobos masuk ke kamarku.Aku membetulkan skrin laptopku..Hai la laptop,nasib baik ade engkau,dapatla aku mencicipkan cerita ini..

Aku meninjau kembali gambar2 lama keluargaku..Rindu rasenye ingin mencium pipi mungil si Darimi yang baru berusia 12 bulan.Ku lihat pula gambar Hari Raya Tahun lalu..Kami sekeluarga lengkap sedondon mengenakan warna merah hati..Renungan mataku kejap beralih melihat gambar Abah,oh..baruku teringat..hari ini satu dunia menyambut Hari ayah..Tiba-tiba hatiku sebak bila mengenangkan segala pengorbanan Abah..

Sejak kecil lagi aku amat rapat dengan Abah.Terbayang lagi di otak kecilku ini semasa bersekolah rendah.Abahlah yang akan menghantarku sekolah dengan motorsikal Honda lama berwarna biru muda.Teringat suatu ketika,saat hujan lebat mencurah-curah ke atas bumi kurniaan Tuhan,Abah menyarungkan baju hujan ke tubuhku..Kata Abah"Walau bergoncang bumi ini sekalipun Angah..,Abah mahu anak Abah mencari ilmu.Ilmu itu perlu dicari isinya,kalau tidak orang takkan pandang kita."Shahduku rasakan kala itu bisikan kata2 peransang Abah..hingga kini,madah itu kejap kukuh kusimpan di lubuk hatiku ini..Walaupun Abah hanya bersekolah agama di kampung dan tidak sempat menyambung pelajarannya ke menara gading,namun aku merasakan Abahlah lubuk ilmu untuk akucontohi dalam mengharungi kehidupan dunia yang fana ini.

Abah yang ku kenali amatlah tegas orangnya.Aku masih teringat sewaktu berumur 10 tahun.aku pernah dikejar Abah keliling rumah dengan kayu penyendal pintu gara-gara kenakalanku mengusik Abang Long..Seingat aku, kayu itu setebal 3 inci dan panjangnya hampir menyamai sebilah rotan. Mana taknya asyik bergaduh saje dengan abang sulungku..Lucu pula bila dikenang2kan kembali..kini aku dan Abang Long sudah macam isi dengan kuku..kamcing sangat..Kami sering saje tergelak jika kisah2 lame ini menjadi topik perbualan..Lebih2 lagi jika Abang Long pulang bercuti ke kampung,alamatnya tak tidur malam la kami asyik leka menceritakan pengalaman hidup kami masing2...Tanpa ketegasan Abah,aku takkan menjadi insan yang benar kala ini.

Kini,dikala umur yang menjangkau 52 tahun,Abah amatlah aktif dengan persatuan Marhaban di kampungku..TIap2 malam,ade2 saje programnya..Nasib baiklah Ibu mempunyai minat yang sama dengan Abah,jadi dalam masa yang sama ,Ibu menjadi pendorong penguat semangat Abah dalam berpersatuan..Aku pernah melihat koleksi buku Marhaban & Berzanji Abah..Fuhh...macam2 versi di dalamnya.Ade versi Arab,ARab & Melayu,Melayu Lama dan lain2 lagi..

"Dulu Abah mengajar kompang di kampung...bersama2 Pak Amin dan Pak Rais kau tu"...Oh..aku melongo mendengar cerita Abah ketika itu..Pak Amin dan Pak Rais adalah seorang rakan Abah di kampung kelahirannya,Tanjung Bidara,Melaka..Patutla anak Abah yang seorang ini amat meminati seni kompang warisan zaman ini..hihi..

Minggu lepas,sewaktu kepulanganku di kampung,dari jauh aku melihat raut wajah Abah..ada sedikit garis kegusaran..Aku melangkah mendekati rumah..Terperanjat bukan kepalang ada tembok yang dibina bersebelahan rumah kami..Tembok yang tinggi dan melebar hampir2 menutup laluan kereta untuk Abah n Ibu keluar masuk ke pejabat...Aku mula merasakan tidak enak di sanubari..Ingin ku tanya pada Abah,rase2nye tidak terucap keluar persoalan itu..Aku mencari Ibu di ruang dapur.Lagi punah hatiku melihat Ibu tersedu2 menangisi peristiwa itu..

"Apa dah jadi sebenarnya Ibu?"Tanyaku dalam nada yang agak serba salah kerna ku bimbang akan menambah kedukaan Ibu.."Entahla Angah,Abah dan Ibu tak tahu apa salah kami hinggakan Pak Ngah kau membina tembok besar sebegini..Tembok yang menghalang persaudaraan kita.."Aku beristighfar beberapa kali.."Apalah nak jadi dengan orang tua sebelah ni..Umur hampir menjangkau 70-an,tapi masih tidak serik2 ingin mengenakan kami sekeluarga.."Aku bermonolog sendirian..

Keesokan malamnya,aku,Abah dan Ibu duduk menikmati makan malam di bangku batu di luar rumah..Aku memanjangkan pandangan ke dalam rumah.Adik beradikku yang lain leka menonton rancangan kegemaran mereka..Biarkanlah..Ku kira mereka masih kecil untuk mengetahui masalah ini..Sambil menikmati nasi bercampur Asam Pedas Ikan Tenggiri,telingaku tertancap perbualan Abah dan Ibu..
"Angah,nanti bila smpai di hadapan kaabah,kau doa2kanlah Pak Ngah kau tu bukak balik tembok tu..Kalau tak da umur dia pun..doala anak2 dia nanti yang bukak balik tembok ni.."Aku terdiam seketika..rupa2nya hati Abah masih terluka dengan kelakuan Pak Ngah..Aku hanya mengangguk2 tanpa sebarang suara.."InsyAllah..Abah doa2lah perancangan Angah ke tanah Haramain pada bulan Ramadhan tahun ini dipermudahkan",balasku patuh..Kata Abah lagi,"Abah bangga sebenarnya sebab Allah pilih Abah dan keluarga Abah untuk mengharungi ujian ini..Ingat ,ujian sebenarnya ingin menguji keimanan kita samada kita boleh bersabar atau tidak..Dan kita kena selalu berdoa padaNya supaya di akhir hayat kita nanti Allah tidak menarik hidayah yang diberiNya pada kita..Nauzubillah"..
Hampir menitis air mataku mendengar ketabahan hati Abah..Selang beberapa hari kemudian,barulah ku dngar cerita dari Ibu,rupa2nya Pak Ngah marah kereta kami lalu dihadapan rumahnya..MasyaAllah,apalah yang nak diiri hatikan jika setakat hal tanah yang ingin Pak Ngah marahkan..tanah kat dunia ni bukan milik kita yang hakiki,milik Allah..itulah manusia..tak pernah cukup dengan apa yang ade..

Seminggu di kampung halaman,sudah cukup untuk aku mengetahui apa yang berlaku di rumah..sudah tetap kepercayaanku dengan sikap sebenar Abah..sudah bertambah kasih sayangku pada insan bergelar Abah.

Ya Allah kau peliharalah Abah hingga akhir hayatnya..Kau kurniakanlah aku zaujun setabah Abah,seutuh cinta Abah kepada Tuhan Pencipta,secekap Abah memimpin keluarga,setinggi kasih Abah pada Ibu,selembut jiwa Abah pada anak-anak permata hatinya,dan selaut kasihnya pada ummat Islam..Amiin..

Aku bersyukur,Aku Ada Abah



Thursday, June 18, 2009

Asslammualaikum
Di mana cantiknya seorang muslimah?

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.

Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.

Teringat saya pada pepatah :

"The beauty of woman is not in the clothes she wore, the figure she carries, or the way she puts make up,The Beauty of woman must be seen from her eyes and The True beauty in a woman is reflected in her soul."

Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.Dan saya juga ade terbaca kisah2 tokoh yang berjaya lebih2 lagi kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang meletakkan Siti Khadijah sebagai tulang belakang kejayaan baginda.Owh..kini kusedari betapa besarnya wanita itu boleh berperanan.

Namun, kecantikan itu betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap dihadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Bagi saya,tanpa iman akan keciciranlah tunggak ibadah kita,

Tanpa iman,jiwa wanita akan lemah tak bermaya,

Tanpa iman,hati akan mula rasa gundah gulana,

Tanpa iman,siapalah kita disisi Tuhan Yang Esa




Tuesday, June 16, 2009

Assalammualaikum.

WANITA & UNSUR2NYA

Walau apa pun, Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu... Baca dan fikirkan di manakah anda.Mungkin apa yang dikatakan ada kebenarannya. Hahayatilah pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setiaserta rela berkorban. 2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidaksombong dan bukan seorang pemarah. 3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan. 4) Tidak s**a membantah atau membangkang. 5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dansentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberisemangat. 2) Mengambil berat. 3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakanpasangan. 4) Menenangkan pasangan. 5) Sangat romantis. 6) Mudah menangis. 7) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.

WANITA BERUNSUR API

1) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkasmenguruskan rumahtangga. 2) Penasihatyang baik. 3) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga. 4) Pandai menghias diri agar kelihatan cantikselalu. 5) Berwaspadaselalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan. 2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu. 3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia. 4) Bijak mewujudkan suasana selesa. 5) Hati yang cepat berubah ubah

Rumusan:Lepas ni bolehla check diri masing2..Bersama2 kiter perbaiki mane2 yang kurang




Sunday, June 14, 2009


Assalammualaikum


"Old Wardatuddiniah @ Studio Baru"

Alhamdulillah,pada14 Jun 2009 yang lalu,perancangan untuk mengadakan Wardatuddiniah's Gathering telah berjaya dilaksanakn..Sesampai di pintu gerbang sekolah, hatiku telah berdebar2.Manakan tidak,dah lame rasenya saya tidak mendaki bukit Sharodz ni..Lebih2 lagi untuk berjumpa sahabat2 sefikrah yang saya rindui..

Akhirnya,dari kejauhan kulihat susuk2 tubuh yang sangat2 ku rindui..Itu dia,my senior merangkap Solo Utama Kak Ajue n Kak Ija..Tidak kurang hebatnya Suara Ramai Kak Lela,Kak Ati n Kak Khaida...Alamatnya sakitla perut aku hari ni menahan lawak2 dari dyrg smua.
Selang beberapa minit kemudian,sampai pula ahli2 yang lain..


Setelah ustazah sampai,kami terus menuju ke studio baru Wardatuddiniah..Sebenarnya,studio ini baru dibina tahun ini.Menurut ceritanya,sekolah beri RM200 000 untuk wardatuddiniah membangunkan lagi kecemerlangan kumpulan ini.Mane taknya,SEKOLAH KLUSTER la katakan..So,dapatla junior2 baru ni studio baru ni,,tapi hasil kegemilangan The Old Wardatuddiniah..hehe...
Then,apa lagi kami pun berjamming di studio baru sampai nak kering tekak2 smua..dah la bertahun2 x servis suare,,sekali hentam 5 buah lagu..aih..namun semangat yang penting..


Jam 12 tghari,beberapa junior wardatuddiniah sampai...Sesi taaruf dengan mereka pun bermula..Masing2 membawa identiti mereka..tak kesah la smua tu yang penting,,hati2 suci mereka harus dipenuhi dengan kalam2 kerohanian dan genre musix yang mendekatkan diri kepada Allah..kami juga ambil kesempatan ni untk memperbetulkan serba sedikit kekurangan mereka..

Jam 5 petang,kami bersurai n berharap dapat adakan lagi even gini..Lepas ni hopely dapat rase rakam lagu2 lame kami di studio baru ni...InsyAllah...




Inilah barisan2 pelapis kami..cayok2 dik





Ini pulak pelapis percussion..hebat tu dyrg..hebat dari saya








Rindula nak angkut alat2 ni ke pertandingan..percussion baru adeCajon,Doumbek,Cimbal,dll








Ni dia orang kuat kami K.Aju,Kak Khaida,K.Fiza n K.Pah.(dari kiri) -sesi servis suare





pemain2 tamborin terhebat di asia k.yana n Hana





Barisan Percussion .Bilela dapat bersama lagi?..






Semusim bersama..seabad terasa..
Pas ni kiter jamming habis2 punye








Wardatuddiniah~Nasyid @ Nurussyarifah~Nazam


We're the mujahidah of Islam with our own way


Takhbir!

Di bawah adalah yang sempat saya rakam


Salam Intro -

Klik di bawah untuk lagu penuh

http://www.speedyshare.com/154383923.html

Assalammualaikum




Ke Syurgakahku Nanti?



Termenung aku memikirkan...cuba jauh menghalusi perasaan..mencari dan mendalami..suatu titik kekuatan seorang mukmin yang berlari di pentas dunia dengan risalah suci..berlari dengan kukuh tanpa kenal putus asa walau dikelilingi kemungkaran...berlari dengan pantas tanpa cuba berhenti di tengah kefasikan manusia...terketuk pintu hatiku, kuasa apakah yang mampu mengukuhkan iman mereka?...kekuatan apakah yang menjadikan mereka sentiasa berasa taqwa dan bersemangat..keajaiban apakah menjadikan mereka untuk terus melangkah

Seusai solat Isya' tadi,ku baca Kitab Suci Al-Quran..Tertangkap hatiku dengan ayat agungMu Ya Tuhan.Di dalam surah Al-Imran ayat 141


"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga ,padahal belum nyata bagi Allah orang2 yang berjihad di antara kamu,dan belum nyata bagi orang2 yang sabar "

Termanggu aku sekejap.Bingung fikiranku memikirkan..Adakah Engkau terima segala amal hambaMu Ya Tuhan..Betapa ruginya aku jika tiada sedikit pun amalku tidak kau pandang...Nauzubillah..


Terbayang seketika pengorbanan Rasululluah,para sahabat,para alim ulama' seperti Imam Al Ghazali dan warisatun anbiya' yang lain dalam agama suci ini..


Mungkin aku tidak sehebat teman2 di tempat pengajianku yang petah membahaskan tentang latarbelakang ulama' ini,namun selagi kudrat yang ada ini,aku akan ikuti perjuangan hidup mereka dan mencontohi jejak langkah mereka dalam memperjuangkan agama Tauhid ini...


Marilah sahabt sekalian..kita melihat satu sudut kekuatan luar biasa yang dihadirkan mereka ini..sebuah kekuatan yang menjadi sumber untuk mereka terus berjalan dan terus berlari di arena dakwah walau dimedan yang kuat kemungkarannya...kekuatan dan rahsia apakah itu?


Inilah sebenarnya yang disebut sebagai tarbiyyah dzatiyyah..subahanallah, inilah dimana diri mentarbiyyah diri...bukankah itu sesuatu yang luar biasa...tidakkah tarbiyyah itu memerlukan platform manusia sebagai penyampai ?...tidakkah tarbiyyah itu dihadirkan dengan manusia yang saling gantung-bergantung ?...namun sahabat, inilah jua method tarbiyyah yang cukup hebat...mengapa perlu berdakwah dan mentarbiyyah manusia sedangkan diri pada phase yang jauh dari Allah...mengapa perlu susah payah bangkit mengharugi jalan dakwah, sedangkan diri sendiri dilupakan...


Jadi, bersamalah kita meneliti sudut kekuatan ini, agar dalam diri tidak akan wujud lagi perasaan 'down' dan jua kelemahan iman yang keterlaluan..sahabat perjuangan yang ku cintai...kekuatan tarbiyyah dzatiyyah ini sebenarnya dapat menjadikan seorang dai itu mampu bertahan walaupun berada di medan dakwah yang kemungkarannya berleluasa, biah yang cukup menekan iman dan malahan ketika ketiadaan halaqah atau usrah sebagai method lain mentarbiyyah diri...tambahan lagi, inilah sebenarnya yang perlu ada dalam diri dai ketika kekosongan, kekurangan kerja dakwah...


Oleh itu,jadikanlah Al Quran itu pedoman,assunnah itu panduan...


Ku harap syurgaMu milikku meskipun di tingkat yang paling bawah,namun rahmatnya tidak dapat ku bayangkan

Ya Allah,,janganlah Engkau tinggalkan aku sesaat pun tanpa redha dan petunjukMu

kerna ku takut seksa NerakaMu

Friday, June 12, 2009


Wardatuddiniah di Hati (^^,)v
This is my best nasyid's group.
Sejak menjejakkan kaki di SMKA Sharifah Rodzhiah,saya bergiat aktif dalam kumpulan ini..dari Form1-Form 5
kalau disebut di negeri Melaka,pasti semua pasukan nasyid akan gerun dengan kami..hehe
bukan nak riak tau tapi kenyataan..




Di antara kecemerlangan kumpulan ini
1.Johan Pertandingan Nasyid Antidadah peringkat Kebangsaan tahun 2002
2.Tempat ketiga Festival Nasyid KPM Kebangsaan tahun 2005
3.Johan Pertandingan Nazam Negeri Melaka beberapa kali
Selain itu,kami sering diundang untuk membuat persembahan di majlis kahwin,majlis kebesaran KPM dan lain-lain.Alhamdulillah berkat kesepaduan kami semua,sampai ke hari ini,ahli wardatuddiniah semakin bertambah.








Kamilah juara




Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka di SMKA Sultan Muhammad,Melaka,2005










~Shaker~










~How to play Yenkee~









~Triple set of Conga~









~Cabasa~
















~Jumbo set of percussion~








GEMAKAN ALAM DENGAN ALUNAN YANG INDAH

Assalammualaikum

Aku & PEKOMPERI
Hidup ini tak ceria tanpa alunan irama..Itulah aku.Sejak sekolah rendah telah mula berkecimpung di dalam arena ini..Prinsip hidupku,,buat ape yang aku suka..


Jadi inilah medan untuk aku melupakan bebanan kuliah,bersosial dengan rakan yang bermacam ragam dan yang penting cuba menyampaikan Kalamul Khair untuk ummat..


Aku mula diperkenalkan dengan persatuan ini oleh rakan sekuliah di IPIs..Setelah dibuka keahlian,aku mencuba nasib memandangkan tiada pengalaman memalu kompang sebelum ni.


Alahamdulillah dengan niat yang baik dan izin Tuhan,sehingga kini ,selagi mampu,aku berazam untuk menyumbngkan khidmat yang terbaik demi Pekomperi,IPis dan Islam...


InsyaAllah..akan diupdatekan segala aktiviti ..

Assalammualaikum
Muzik yang dibenarkan , diharamkan dalam Islam
Oleh: Dr. Anisah Abd. Ghani
Sedari kecil lagi kita dibuai dan didodoi oleh ibu tersayang dengan dodoian dan lagu kasih sayang permata hatinya, tanpa lagu dan dodoian ibu si kecil susah nak tidur. Apabila kita masuk sekolah kita di ajar pula dengan lagu bek bek kambing hitam adakah bulu?, Apabila besar sedikit kita telah pandai menyanyi lagu negara ku. Setelah meningkat remaja mula menyanyikan lagu lagu cinta. Apabila mencecah usia emas, lagu lagi instrumental nostalgia menjadi pilihan. Jadi kehidupan kita akan merasa sunyi tanpa irama dan lagu. Terasa pincang jika irama dan lagu dipisahkan dalam rutin harian kehidupan.
Pastinya sbagai sumber hukum dalam sebuah agama yang lengkap dan sesuai untuk semua tempat, orang dan zaman, Al Quran tidak mengabaikan walau sedikit pun urusan manusia. Pasti ada hukumnya. Begitu juga dengan mengenai persoalan persoalan diatas.
Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagiakan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian, kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik, tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri dan lupa Allah?. Ataukah ia merangsang pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan ketakwaan kepada Allah.
Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus. Jadinya hukum asal menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetikkah, dipukul kah, di gesek kah di tiupkah atau lainnya. Yang mengharam atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak, lagu dan irama. Kadangkala alat muzik dimainkan dengan iringan penyanyi.
Dalam hubungan ini selain daripada bentuk rentak, lagu dan irama, cara persembahan penyanyi dan lirik nyanyian juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang mengghairahlkan, meransang nafsu dan syahwat, sehingga lupa diri dan Allah,Ia tidak diharuskan. Begitu juga lirik lagu yang lucah, memuji sesuatu yang haram, mengagungkan syaitan dan syawat dan cinta berahi yang keterlauan, ungkapan ungkapan syirik dan kufur, lirik-lirik yang bercanggah dengan semangat syariat maka hukumnya haram.
Mendengar muzik berlaku dalam berbagai bentuk, mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi. Hukum asal mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi adalah ‘harus’ tetapi ‘beryarat’. Syaratnya ialah rentak, irama, lagu dan liriknya tidak melalaikan, mengkhayalkan, membawa kepada lupa diri dan lupa Allah. Persembahan dan penampilan penyanyi juga mestilah menutup aurat dan geraknya tidak menghairahkan pendengar dan penonton.
Selain dari sifat muzik, rentak, irama, lirik, cara dan perlakuan sipendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlauan yang melampau, ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum harus mendengar muzik kepada haram. Ia telah termasuk kepada perbuatan sia-sia dan boleh mendatangkan kesan kesan yang negatif. Pendengar akan tergoda, terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan senikata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.
Keadaan hukum ’harus’ mendengar muzik, nyanyian dan menonton persembahan penyanyi boleh di simpulkan seperti berikut:
1. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotik contohnya rentak ‘march’.
2. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meniupkan rasa keinsfan, sedar diri, mengenang kebesaran Allah dan menuju ketakwaan kepada Allah.
3. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya dapat menenang jiwa, menghilangkan tekanan perasan, mengenyahkan kebosanan serta mengembalikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi .
Jadi bolehkah mendengar muzik itu menjadi ibadah? Untuk semua perbuatan boleh di kira sebagi ibadah ia mestilah memenuhi syarat syarat berikut:
1. Perbuatan itu diterima syarak
2. Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbutan itu dilakukan ikhlas kerana Allah
4. Perbuatan itu dilakukan oleh muslim
Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan dengan rentak, irama, lagu dan liriknya, selagi memenuhi empat syarat di atas ia boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Sekiranya ia tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia sia dan dilarang disisi syarak.
[Penulis adalah seorang pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Malaya)

Friday, May 29, 2009


Assalammualaikum..
Huh. Alhamdulillah sudah berakhir pun semester 1 program ijazah perguruan..Macam tak percaya pula..pejam-celik,celik -pejam,dah hampir 2 tahun saya diberi kesempatan hidup di bumi bertuah IPIS ni..

Sempena cuti semester yang baru bermula ni..mesti ada rakan2 yang akan menyambut hari kelahiran..nak jimat kos tak?senang je..

Let's check it out...

Kad Buatan Sendiri
Simpan sedikit wang untuk membeli aksessori.tak rugi punye..boleh pakai banyak kali
Antara bahan2nya adalah:




1)Stiker huruf



2)Stiker bercorak rama2





3)Reben bercorak


4)Hiasan pilihan


5)Penebuk Lubang kreatif


6)Gunting bermata bulat & Glue Stick



7)Selotep

8)Kertas pelbagai warna
Antara yang dah saya hasilkan..

Kad Harijadi Roomate


TRY IT YOURSELF..ELAKKAN PEMBAZIRAN....JUST DO IT

Related Posts with Thumbnails