? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 19, 2009


Sirah:Dia Sang Tenang

Alhamdulillah, exam dah pun habis..So, 2,3 hari yang lepas dapat asgnment baru untuk melaksanakn misi" Murabbi's Generation Plan "time cuti ni. Pa dia tu???Sebenarnye,ana
dan beberpa sahabiah sefikrah diamanahkan memenuhkan cuti sem kali ni dengan tugasan2
yg trtntu...Ana kire memang menarik..
Salah satunye,mengkhatamkan Sirah Nabawiyyah ...
Di sini ade sedikit bahan yg ingin dikongsikan..
Baginda tidak lain tidak bukan adalah Rasul kita Nabi Muhammad s.a.w..

Di tengah letih dia bercanda

Yang menarik berkenaan Rasulullah SAW, adalah baginda bukan pemimpin yang tension, mempunyai muka keruh, mudah hilang sabar dan sebagainya.
Baginda adalah manusia paling tenang dalam dunia. Dia tidak sengaja membengiskan wajah, tidak pula tak fasal-fasal berkeruh muka, hanya kerana dia ketua. Dia adalah paksi kepada ketenangan sahabat-sahabat sekelilingnya.
Ketika membuat persediaan untuk Perang Khandak, sahabat-sahabat menggali parit dalam keadaan kelaparan. Mereka mengikat perut mereka dengan batu bagi mengempiskan perut mereka agar angin tidak masuk, agar kurang rasa laparnya.
Namun, sampai satu ketika, mereka rasa tidak tahan. Mereka bertemu dengan Rasulullah SAW yang juga bersama mereka menggali parit. Mereka tidak mengadu dengan mulut, namun sekadar tersenyum dan mengangkat baju mereka, menunjukkan perut mereka yang diikat dengan batu tanda sangat lapar.
Rasulullah SAW ketika itu tersenyum. Lantas baginda pun mengangkat bajunya, menunjukkan perut baginda yang diikat juga dengan batu, bukan satu, tapi dua batu. Tanda baginda lebih lapar lagi. Sahabat-sahabat tidak berkata apa-apa, terus menurunkan baju mereka dan menyambung kerja. Rasulullah lebih lapar lagi dari mereka.
Baginda tidak mengungkit dengan kata-kata yang kasar ketika itu. Tak kata pun: “Eh, aku pun lapar jugak. Aku dah la nabi. Korang ni baru lapar sikit, bising. Mengada-ngada”
Baginda tenang. Tersenyum walau susah. Berhikmah walau susah.

Di tengah kegentingan Uhud

Baginda juga bukan seorang yang gelabah ketika medan perang. Kalkulasi baginda amat tepat.
Saat paling getir dalam hidup baginda adalah Perang Uhud, di mana baginda dikelilingi puluhan tentera musyrikin Makkah dan hanya dilindungi oleh sekitar 10 orang sahabat-sahabat Ansar. Ketika itu baginda sedikit pun tidak menunjukkan tanda gelabah, malah mampu memberikan arahan dengan tenang.
Di dalam perang Uhud, ada berita angin menyatakan Rasulullah SAW telah mati dibunuh. Ramai sahabat-sahabat yang kucar-kacir mendengar berita palsu ini. Pada masa yang sama, Rasulullah SAW dikelilingi orang kafir Quraisy yang sudah menjumpai posisi baginda.
Saya, kalau ada di pihak Rasulullah SAW ketika itu, memang tak fikir apa dah. Mati katak sahaja. Tapi Rasulullah, baginda membuat kalkulasi paling tepat sekali, dengan memilih untuk menjerit.
“Wahai hamba-hamba Allah, aku Muhammad Rasulullah di sini”
Walaupun jeritan baginda ketika itu akan menarik lebih banyak lagi tentera Quraisy, baginda bertindak demikian atas dua tujuan. Pertama: Agar lebih ramai sahabat datang berkumpul di sekelilingnya, dan kedua: Agar terhapus berita angin, dan membangkitkan semangat sahabat-sahabatnya.
Baginda mempertaruhkan nyawanya ketika itu, untuk meningkatkan moral sahabat-sahabatnya.
Dan akhirnya, gelombang kedua Quraisy, berjaya dipukul pergi.

Di tengah kesempitan Hunain

Ketika perang Hunain, ummat Islam sudah amat ramai. Tentera Islam ketika itu sekitar 12,000 orang. Sebahagian tentera Islam rasa ujub dengan banyaknya angka mereka sehingga hilang pergantungan dengan Allah SWT.
Maka Allah menguji, dengan membuatkan tentera Islam kucar-kacir, diserang hendap tentera musuh di lembah Hunain ketika itu. Tambah pula, musuh menyerang dengan panah di atas lembah, manakala tentera Islam terpeangkap di tengah lembah. Ketika itu, terpancar ketenangan Rasulullah SAW.
Baginda, tidak pernah memilih menaiki unta atau kuda ketika peperangan. Ketika Perang Hunain, baginda memilih menaiki keldai. Kenapa keldai?
Kerana keldai adalah binatang paling lambat pick up sekali dalam dunia ni. Apabila suasana kucar kacir, keldai tak bergerak apa-apa, tenang. Kuda dan unta, gelabah melarikan tuan mereka. Maka Rasulullah SAW di atas keldai, tidak terpengaruh dengan kegelabahan tunggangannya. Keldai tidak terkejut.
Di sini kelihatan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Ketika itu, dengan tenang, dia memanggil pakciknya Abbas RA, kerana suara pakcinya itu amat besar, untuk menjerit dan memanggil semua tentera muslimin agar berkumpul di sekelilingnya untuk persediaan semula.
Kita pastinya lebih suka kuda dan unta kerana nampak gagah. Rasulullah, baginda memandang lebih dari itu. Tenangnya baginda.

Dengan isteri

Rasulullah SAW, bukan di hadapan pengikut sahaja tenang. Dengan isteri baginda pun, baginda amat tenang berhadapan dengan situasi-situasi bersama mereka. Hal ini menunjukkan, ketenangan baginda bukanlah palsu.
Pernah sekali, ketika giliran Rasulullah SAW bersama dengan Aisyah RH, isteri Rasulullah yang lain bernama Zainab binti Jahsy menghantar makanan. Aisyah RH rasa terganggu kerana ketika itu, adalah gilirannya dengan Rasulullah SAW. Lantas, Aisyah menolak semula makanan yang dihantarkan Zainab melalui khadamnya. Makanan itu jatuh dan perkakas yang digunakan untuk membawa makanan itu pecah.
Rasulullah SAW ketika itu tidak melenting, tidak menunjukkan rasa marah, tidak pula berkasar dengan Aisyah atas sikapnya. Baginda amat tenang, memikirkan semua perkara, baginda faham Aisyah masih muda dan agak mudah cemburu. Maka baginda sendiri bergerak, mengutip pecahan perkakas itu, dan makanan yang bersepah.
Kemudian baginda berkata: “Pergilah meminta maaf kepada madumu itu”
Itu sahaja. Dan Aisyah pergi.
Kalau kita la, agak-agak kalau jadi macam itu kita buat apa? Paling tidak pun kita akan terus kata: “Awak ni kenapa?” dengan suara yang tinggi.

Penutup: Banyak lagi

Menceritakan perihal Rasulullah SAW, tak akan habis dua tiga hari. Ketenangannya sahaja banyak peristiwa boleh dikaji menjadikan contoh. Belum lagi keberanian baginda, kepakarannya dalam menyusun, kegigihan dan ketabahannya, akhlaknya dan sebagainya.
Banyak lagi contoh ketenangan baginda. Contohnya semasa hijrah, semasa hampir wafat, semasa sahabat-sahabatnya ramai terbunuh dalam peristiwa Bir Ma’unah dan banyak lagi situasi.
Siapa yang melihat dan mengkaji peribadi Rasulullah SAW, maka pasti akan meremang bulu roma dengan semangat baginda, pasti berlelehan air mata dengan kegigihan baginda, pasti akan bergetar hati dengan ketabahan baginda.
-Langit Ilahi-

Namun siapakah antara kita yang berusaha menyelak sirah baginda?.kalau artis bukan main lagi..x yah disuruh cerita pun,volunteer je..
Sama2lah kite renungkan..Janganlah kite menjadi ummat yang rugi.

Related Posts with Thumbnails