? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, June 12, 2009


Wardatuddiniah di Hati (^^,)v
This is my best nasyid's group.
Sejak menjejakkan kaki di SMKA Sharifah Rodzhiah,saya bergiat aktif dalam kumpulan ini..dari Form1-Form 5
kalau disebut di negeri Melaka,pasti semua pasukan nasyid akan gerun dengan kami..hehe
bukan nak riak tau tapi kenyataan..




Di antara kecemerlangan kumpulan ini
1.Johan Pertandingan Nasyid Antidadah peringkat Kebangsaan tahun 2002
2.Tempat ketiga Festival Nasyid KPM Kebangsaan tahun 2005
3.Johan Pertandingan Nazam Negeri Melaka beberapa kali
Selain itu,kami sering diundang untuk membuat persembahan di majlis kahwin,majlis kebesaran KPM dan lain-lain.Alhamdulillah berkat kesepaduan kami semua,sampai ke hari ini,ahli wardatuddiniah semakin bertambah.








Kamilah juara




Johan Festival Nasyid Peringkat Negeri Melaka di SMKA Sultan Muhammad,Melaka,2005










~Shaker~










~How to play Yenkee~









~Triple set of Conga~









~Cabasa~
















~Jumbo set of percussion~








GEMAKAN ALAM DENGAN ALUNAN YANG INDAH

Assalammualaikum

Aku & PEKOMPERI
Hidup ini tak ceria tanpa alunan irama..Itulah aku.Sejak sekolah rendah telah mula berkecimpung di dalam arena ini..Prinsip hidupku,,buat ape yang aku suka..


Jadi inilah medan untuk aku melupakan bebanan kuliah,bersosial dengan rakan yang bermacam ragam dan yang penting cuba menyampaikan Kalamul Khair untuk ummat..


Aku mula diperkenalkan dengan persatuan ini oleh rakan sekuliah di IPIs..Setelah dibuka keahlian,aku mencuba nasib memandangkan tiada pengalaman memalu kompang sebelum ni.


Alahamdulillah dengan niat yang baik dan izin Tuhan,sehingga kini ,selagi mampu,aku berazam untuk menyumbngkan khidmat yang terbaik demi Pekomperi,IPis dan Islam...


InsyaAllah..akan diupdatekan segala aktiviti ..

Assalammualaikum
Muzik yang dibenarkan , diharamkan dalam Islam
Oleh: Dr. Anisah Abd. Ghani
Sedari kecil lagi kita dibuai dan didodoi oleh ibu tersayang dengan dodoian dan lagu kasih sayang permata hatinya, tanpa lagu dan dodoian ibu si kecil susah nak tidur. Apabila kita masuk sekolah kita di ajar pula dengan lagu bek bek kambing hitam adakah bulu?, Apabila besar sedikit kita telah pandai menyanyi lagu negara ku. Setelah meningkat remaja mula menyanyikan lagu lagu cinta. Apabila mencecah usia emas, lagu lagi instrumental nostalgia menjadi pilihan. Jadi kehidupan kita akan merasa sunyi tanpa irama dan lagu. Terasa pincang jika irama dan lagu dipisahkan dalam rutin harian kehidupan.
Pastinya sbagai sumber hukum dalam sebuah agama yang lengkap dan sesuai untuk semua tempat, orang dan zaman, Al Quran tidak mengabaikan walau sedikit pun urusan manusia. Pasti ada hukumnya. Begitu juga dengan mengenai persoalan persoalan diatas.
Penulisan-penulisan fiqh klasik membahagiakan alat muzik kepada dua, yang bertali dan tidak bertali. Penggunaan alat muzik yang bertali dihukumkan haram yang tidak bertali pula sebagai harus. Namun demikian, kajian dan penulisan fiqh terkini tidak melihat kepada sudut jenis alat muzik, tetapi ia melihat kepada rentak dan irama yang dihasilkan oleh alat tersebut . Apakah ia meransang pendengarnya sehingga lalai, lupa diri dan lupa Allah?. Ataukah ia merangsang pendengarnya sehingga dapat menaikkan semangat patriotik, rasa sedar diri dan ketakwaan kepada Allah.
Jenis yang pertama dikira haram dan kedua dikira harus. Jadinya hukum asal menggunakan alat muzik adalah harus, samada dipetikkah, dipukul kah, di gesek kah di tiupkah atau lainnya. Yang mengharam atau mengharuskannya ialah cara penggunaannya yang melahirkan rentak, lagu dan irama. Kadangkala alat muzik dimainkan dengan iringan penyanyi.
Dalam hubungan ini selain daripada bentuk rentak, lagu dan irama, cara persembahan penyanyi dan lirik nyanyian juga perlu dilihat sama. Sekiranya ia dipersembahkan dengan penampilan yang mengghairahlkan, meransang nafsu dan syahwat, sehingga lupa diri dan Allah,Ia tidak diharuskan. Begitu juga lirik lagu yang lucah, memuji sesuatu yang haram, mengagungkan syaitan dan syawat dan cinta berahi yang keterlauan, ungkapan ungkapan syirik dan kufur, lirik-lirik yang bercanggah dengan semangat syariat maka hukumnya haram.
Mendengar muzik berlaku dalam berbagai bentuk, mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi. Hukum asal mendengar muzik tanpa nyanyian, mendengar muzik beserta nyanyian, mendengar sambil menonton penyanyi menyanyi adalah ‘harus’ tetapi ‘beryarat’. Syaratnya ialah rentak, irama, lagu dan liriknya tidak melalaikan, mengkhayalkan, membawa kepada lupa diri dan lupa Allah. Persembahan dan penampilan penyanyi juga mestilah menutup aurat dan geraknya tidak menghairahkan pendengar dan penonton.
Selain dari sifat muzik, rentak, irama, lirik, cara dan perlakuan sipendengar ketika mendengar muzik juga akan menentukan hukum mendengar muzik. Keterlauan yang melampau, ketagih serta gian dalam mendengar muzik akan merubah hukum harus mendengar muzik kepada haram. Ia telah termasuk kepada perbuatan sia-sia dan boleh mendatangkan kesan kesan yang negatif. Pendengar akan tergoda, terbawa-bawa dan terfitnah dengan kemerduan suara penyanyi dan senikata serta lirik dan tergoda kepada batang tubuh penyanyi.
Keadaan hukum ’harus’ mendengar muzik, nyanyian dan menonton persembahan penyanyi boleh di simpulkan seperti berikut:
1. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meransang semangat berani, gagah perkasa, patriotik contohnya rentak ‘march’.
2. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya meniupkan rasa keinsfan, sedar diri, mengenang kebesaran Allah dan menuju ketakwaan kepada Allah.
3. Mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan yang rentak irama, lagu dan liriknya dapat menenang jiwa, menghilangkan tekanan perasan, mengenyahkan kebosanan serta mengembalikan kesegaran spiritual, jasadiah dan emosi .
Jadi bolehkah mendengar muzik itu menjadi ibadah? Untuk semua perbuatan boleh di kira sebagi ibadah ia mestilah memenuhi syarat syarat berikut:
1. Perbuatan itu diterima syarak
2. Perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
3. Perbutan itu dilakukan ikhlas kerana Allah
4. Perbuatan itu dilakukan oleh muslim
Dalam konteks mendengar muzik nyanyian dan menonton persembahan dengan rentak, irama, lagu dan liriknya, selagi memenuhi empat syarat di atas ia boleh dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Sekiranya ia tidak memenuhi syarat ini maka tidak lagi dianggap sebagai ibadah malah termasuk sebagai perbuatan yang sia sia dan dilarang disisi syarak.
[Penulis adalah seorang pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Malaya)

Related Posts with Thumbnails