? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 27, 2010

Assalammualaikum..


USRAH KU,(^^)V

Alhamdulillah, walaupun jadual hidup sbg "STUDEnt Life" amat penuh, namun hamba bersyukur sbb diberi kekuatan berjumpa adik2 tercinta sebelum gotong-royong blok tadi..Bagi hamba walau sesibuk mane pun, komitmen dan amanah Allah ini WAJIB hamba laksanakan..tidak dapat tidak..Usrah hari ni berkisar tentang task yg hamba beri minggu lepas...
Aktiviti:Pantun,sajak,game ukhuwah
Tema:Ukhuwwah & Kasih Syg

Hasil karya insan2 yg kusayang:-

Bicara karya terus berlagu,
Membisik rasa luahan kalbu,
Menyeri kamar hatiku,
Selembut bayu sedingin salju.

Kadangkala kita akan terasa,
Amat sukar meluahkan rasa,
Kerana itu sebuah puisi dicipta,
Menjadi pengganti secebis bicara,
Serumpun kata sebuah rasa

Maka itu senyumlah teman,
Senyum jua ingin ku berikan,
Berbuat baik menghela keikhlasan,
Bersyukur pada hadiah Ar Rahman
Moga semua mendapat keberkatan

-Acik, Along, Ateh, Alang-

Pantu Sahabat

Sahabat sejati sahabat setia,
Ikhlas bersahabat membawa berkat,
Selalu memberi nasihat berguna,
Agar selamat dunia akhirat

Semasa didunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembali,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati

Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang

-Angah, Acu, Adik-

Tak sangka mereka berbakat besar dalam berkarya, InsyAllah akan berguna kelak..

Jazakillah khoiran jaza'

Thursday, January 21, 2010

Assalammualaikum

DIAM

Entri kali ni hanyalah ingin mengajak rakan2 berfikir sejenak...

Orang yang pendiam tu pengecut ke?
Ish, dia ni..diam je ..cubelah bersuara skit menyatakan pendapat..
Boring gile meeting,,sume diam..

Sedar x sedar,nilah realiti kehidupan manusia yang hamba tengok..Dan hamba rase x rugi menjadi orang yang diam ni..mcm empunya dirila..Rasulullah sendiri lebih banyak diam melainkan bercakap pada perkara2 yang perlu sahaja..Jadi hamba rase, tiada salhnye jika kite x banyak cakap..

Cuma,zaman sekarang ni, sume orang hamba lihat lantang menyuarakan pendapat masing2..Yang nak menang berkempenlah,yang nak menang jawatanla,yang rase x puas hatila,hai...mcm2 ade...Cubela bawa bersabar...

"فصبر جميل"
.Sesungguhnya sabar itu indah..
Janganlah disebabkan kehendak kite tak kesampaian, kite bangkit mempertahankannya..konon2nye la..Sedangkan Allah yang menentukan sesuatu perkara..
Baik dan buruknya jua..Fikirkanlah perasaan insan lain juga..

Cukuplah sekadar kite mengetahui yang mana hak dan batil..Cukup!
Banyak cakap, banyak khilafnya, banyak jualah dosanya
Hamba berpesan pada diri hamba dan anda smua..(66)v

"Kurangkan kontroversi,bangkit bersama Revolusi"

Sunday, January 17, 2010

Assalammualaikum

Selamat Hari Lahir IKin!!

Bingkisan ini hamba nukilkan khas buat teman hamba yang baru mencapai umurnya yang ke 21 smlm..Walaupun terlambat sehari untuk meraikannya, namun inilah hadiah yang hamba mampu untuk menghargai kehadirannya dalam hidup hamba.

Ikin yang hamba kenali seorang teman yang selalu mengingatkan hamba dengan kalam2 Allah,walau dirinya ditimpa ujian, bagi hamba dialah teman yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti lelah dan lemah dalam perjuangan.

Kami mula berkenalan sejak dari sekolah menengah lagi di SMkA Sharifah Rodzhiah Melaka. Ditakdirkan kami pernah duduk seDorm di asrama.KAmi juga bersama memegang jawatan sebagai pengawas di sekolah..Hamba masih teringat, kami bersama2 kawan yang lain ,pernah mengetuai alunan zikr dan Ma'thurat di surau sekolah..Alangkah indahnya waktu itu, fikiran jadi tenang setelah seharian menelaah pelajaran di kelas.

Allah maha berkuasa, sehingga saat ini,kami masih lagi bersama di IPis..Di sini, kami pernah menjadi roomate.Banyak perkara yang kami kongsi..Yang paling hamba ingat,kami bebicara tentang jodoh kami...remajalah katakan...
Bagi hamba,mengenalinya membuatkan hamba mengenali diri hamba sendiri.

Bergiat aktif di kampus membuatnya lebih matang dalam bertindak.bahkan mampu mencari idea2 yang bagus untuk mengemudi sesuatu perkara.Ikin yang hamba kenali juga ialah seorang yang pemurah dan selalu memberi.Tidak kiralah nota hatta apa2 jua sekalipun. Selalu ingin dikongsinya bersama kami..Moga Allah memurahkan jua rezekinya.

Alfun syukran ila ukti Ikin kerna menjadi salah seorang sahabat yang rapat dengan hamba..Moga segala memori kekal abadi , terpahat di hati, mendapat redha Illahi,berjumpa kita di syurga nanti..InsyAllah
Hamba menyayangimu Kerana Allah...











Saturday, January 16, 2010

Assalammualaikum
Keindahan dan KecantikanSeorang Wanita

Malu seorang wanita itu
Di situlah letaknyakeindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia
Maruah diri dijaga
Pandai bergaul tapi tidak bebas jua terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak terlalu mewah
atau menunjuk-nunjuk
dan tidak pula terlalu rendah mutunyakecuali tidak ada
Berbudi bahasa, peramah dan mesra tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkankepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkanterutama kepada laki-laki ajnabi
kecuali perlu sahaja
Bahasa bersahajamengikut fitrah semula jadinya
tidak dibuat-buatatau mengada-ngada
Percakapannya dijagatidak menyindir-nyindir
atau mengata-ngata
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati ,keluarga suami dimuliakannya
Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anak
tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja , mengemas rumah tanggabudaya
hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan
Bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga macam menjaga keluarganya
Ketika berjalan jauh bersama muhramnya
atau bersama 3 orang wanitayang boleh dipercaya
Tidak tamak, tidak bakhilsentiasa baik sangkadengan suaminya
Apatah lagi cemburudan prejudis dengan suaminya
tidak ada di benak kepalanya
Jika suaminya susahsanggup bersama-sama susah dengan suami
Tidak suka meminta-minta dengan suaminyakecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik"Abang ke mana? Dari mana?Buat apa di sana?Mengapa lambat balik?"
Suaminya balik disambutdan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan fahamapa keperluan suaminya.
Hingga sikapnya itu suaminya senangtenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya
kalau dia bersalah cepat meminta maafdengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminyadilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminyasekalipun di waktu dia tidak senangdengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahanseorang wanita.
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?
Moga muslimat2 sume mendalami sajak ini...
Bersama2 kite memburu gelaran" Wanita Soleha"

Friday, January 15, 2010

Bila Ujian Menimpa..Ingatlah Allah


Assalammualaikum..


الحمدلله،alfun syukran ilAllah..

Walaupun pelbagai ujian dan cabaran yg Kau beri, hati dan jasad ini masih waras
untuk menilai akan rasionalnya.Perjalanan hidupku masih jauh. Banyak perkara yang ingin ku kecapi..Terutamanya membalas jasa kedua orang tuaku..

Namun,mehnah yang datang saat ini,amat merunsingkna dan merentap kedamaian hati hambaMU ini.Fikiran jadi tak tenteram,hati berdegup kencang, tangan dan jemari bergetar laju.


Saat dirisik khabar oleh teman lame,
Diajak ke rumah bertemu keluarganye
Hamba bersyukur kerna bisa menjawab dengan
"Aku Belum Bersedia.."

Hamba dan Dia hanya insan biasa
Namun adakah hamba ini tidak sesempurna
Wanita Solehah Idaman Zauj Soleh jua

Bukan menolak kehendak Illahi
Andai dia jodoh hamba,hamba akui
Tiada lagi dalam hidup ini
Hanya dirinya yang akan hamba taati
Namun
Hamba pasti pada janjiMu Ya Allah
"Wanita Solehah adalah untuk Lelaki yang Soleh juga"



Sunday, January 3, 2010

Assalammualaikum

Lame rasenye tak mengedit blog ni..tak berkesempatan.walaupun cuti2 Malaysia da habis,saya ingin berkongsi 2 buah buku yang saya baru habis selesai membacanye.



BUKU 1

Sumber: Perpustakaan Awam Negeri Melaka


"Wasiat Ayah by Idris BOi"


Perbezaan taraf antara manusia melahirkan 2 ciri insan yang berbeza.Meor ,anak petani kampung, bermati-matian membanting tulang untuk menebus kembali tanah pusaka milik keluarganya, telah menjadikannya insan yang berhati waja dan pejuang yang menuntut keadilan.Akhirnya berjaya mendapat semula haknya.


Berbeza dengan Osman, anak tunggal Orang Kaya Kampung Murni, suka berfoya2 n menghabiskn harta arwah bapanya.Dia menjadikan orang2 miskin seprti alat permainannya .Akhirnya ditangkap polis akibat cubaan membakar Restoran Seri Murni kepunyaan Meor..


PEnGaJARAn: Manusia tak boleh pecah amanah dan berlaku zalim,kelak balasan Allah pasti diterima.


Buku 2

Sumber;Perpustakaan Awam Negeri Melaka

"Terima Kasih Tuhan,Kelok2 Jalan Guru Cemerlang "



Sesungguhnya menjadi guru amatlah mencabar,lebih2 lagi jalan menuju seorang guru cemerlang..Buku ini adalah himpunan cerpen2 ringkas yang menampilkan hasil karya Guru2 Cemerlang seluruh Malaysia.
Diantaranya, Cinta Penjual Surat Khabar yg menceritakan tntg seorang guru cemerlang di Sarawak yg bermula dari penjual surat khabar sehinggalah berjaya menjadi guru..Buku ini amat sesuai untuk bacaan umum khususnya bakal2 guru di IPGM selurun Malaysia.




PEngAjarAn: Bukan senang untuk hidup senang...renung2kan




















Related Posts with Thumbnails