....RAMADHAN...
betapa beruntungnya kita semua…
kerana masih diberi peluang
untuk meraikan sambutan
bulan yang penuh mulia ini…
namun harus kita ingat…
di sebahagian pelosok bumi ini…
masih terdapat mereka yang ketandusan…
ketandusan makanan…
ketandusan harta…
ketandusan kasih sayang…
dan ketandusan kemerdekaan…
kekejaman di sana sini..
hidup penuh dengan hujanan bom..
peluru-peluru membunuh..
tidak mengenal si ibu tua..
mahupun si anak kecil..
menghancurkan tubuh..
mencarik daging..
menembus tulang..
titisan darah mengalir sayu..
membasahi bumi..
mengukir sejarah hitam..
justeru itu…
marilah bersama-sama kita panjatkan kesyukuran..
kepada YANG MAHA ESA
setinggi-tinggi kesyukuran..
yang lahir dari hati..
atas limpahan kurniaanNYA..
atas limpahan rahmatNYA..
atas limpahan kasih sayangNYA..
ucapkanlah ALHAMDULILLAH…
duhai sahabatku..
moga Ramadhan kali ini mampu mengubah kita
menjadi mukmin bertaqwa
Berubahlah
selagi kita masih bernyawa..
TAKHBIR!!