Saturday, May 9, 2009
Khas untukmu Ibu...
Ibu,
9 bulan mengendongku ke sana sini
Tak pernah kau keluhi
Ibu,
kau ratuku
Mengisi duniaku sepenuh jiwamu
tak kenal erti lelah dan jemu
tanpamu siapalah aku
Ibu,
kurindu hangatnya belaianmu
kurindu syahdunya wadahmu
kurindu redupnya wajahmu
Ibu,
moga dirimu sentiasa diberkati
oleh Allah Rabbul Izzati
Aminn...
Posted by Annair at 6:53 AM 0 comments
Monday, May 4, 2009
IkhlAs (Senang VS Susah)
Assalammualaikum..
Em..susah ke nak dapat ikhlas ni?
Time Solat?Study?Percakapan?
Jom lihat tip ni
Pesan Ustaz saya.
Ada ilmu pengetahuan( tentang amalan2 kita)
Yakin dengan ilmu tu
Amalkan ilmu tersebut
Then, barulah datang ikhlas tu
Ops,istiqamah jangan lupe..(^^)~
Selamat Beramal
Posted by Annair at 12:03 AM 0 comments
Labels: diari ana
Friday, May 1, 2009
-MUslimah Harapanku-
..MuslImAH To Be....
Hawa….
Dimana hilang malumu yang menghias pakaian…?
Tidakkah kau tahu..susuk tubuhmu menajdi hidangan enak dan panahan syaitan….
Aku bisa terhumban ke neraka kerananya….
Hawa…..
Aku rindukan Hawa yang dulu…
Kekasih …..dirndui saban ketika..
Puteri...pengubat duka peyejuk mata…
Mujahidah...pembela agama…
BANGKITLAH WAHAI MUSLIMAHKU…….
Ku mahukan Hawa yang dulu…
Malu, terjaga, terpelihara...
BINGKISAN PUTERA SYURGA
Posted by Annair at 12:10 PM 0 comments
Sunday, April 5, 2009
erti persahabatan
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita terlupa,
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Jadilah sebaik2 sahabat..
Mempercayai& boleh dipercayai..
Syukran kpd smua yg bergelar sahabat, frenz, teman..
jazkallah atas jasa kalian
Posted by Annair at 6:57 AM 0 comments
Labels: holidays
Subscribe to:
Posts (Atom)




