Monday, May 25, 2009
Posted by Annair at 11:29 PM 0 comments
Saturday, May 23, 2009
SOALAN AKHIRAT
Assalammualaikum..
Bingkisan ini khas untuk renungan semua sempena "Exam Week" ni..
Kisah ini membuat saya merenung sejenak..apa ertinya exam dalam hidup kita ni..
2 hari sebelum exam,saya duduk di library..fuh,macam2 gaya orang study..hehe seronok gak tgok orang study..yang ngapal kuat2 satu hal, yang khusyuk wat nota lain hal pulok.. (he2 i'm the one)..macam2 persediaan dibuat.
20/5/2009:
Tibalah masa exam .Kertas EDU 3102(Perkembangan Kanak2) pun bermula..
Exam bermula jam 2.30-5.00 petang..Lega la sikit rasenye..tinggal lagi 2 paper je lepas ni..
Seusai exam,saya singgah solat Asar di masjid..
Masa perjalan pulang ke asrama,saya terserempak dengan seorang "Ustaz Muzik" saya.
Soalan die"Macam mane exam..ok kan.boleh la jawab.."
Saya pun senyum je mase ustaz kate..Tapi disambung dengan kata2 yang menyentuh jiwa hamba saya.
Kata ustaz"Ana suka exam, x payah pikir asemen..tapi ana lebih risaukan soalan akhirat . Soalan dari Allah di alam kubur nanti.Mampukah ana nak jawab nanti"
Nah!Serta-merta saya teringat ragam sahabat2 yang buat preparation exam,termasuk diri saya..tapi.Apa preparation yang saya dah buat untuk bertemu Allah nanti?.. Menggelatar tubuh saya masa tu..Astaghfirullahalazim..Masih banyak lagi kelemahan diri ini..
Khas buat sahabat2 yang membaca bingkisan ini,
sama-samalah kita perbaiki diri,
Untuk bertemu Allah nanti..
Posted by Annair at 9:44 AM 0 comments
Labels: diari ana
Tuesday, May 19, 2009
Assalammualaikum(^^,)v
Hidup ini tak lari dari buku
La ni nak kongsi buku yang ke-2
Petikan dari novel ini:-
"Kadang2 manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah,padahal percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan dari Allah sendiri.Allah diketepikan.Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas tetapi jalannya tidak cocok dengan syariat.Itulah yang disedihkan.Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan .Pertama, apabila solat telah masuk waktunya.Kedua, apabila jenazah untuk dikebumikan.Dan ketiga apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya,kalau dialmbatkan buruk padahnya...
Kita boleh buat kesimpulan,cinta kerana Allah hanya akan hadir selepas kahwin. Sebelum kahwin,andai terbit rasa cinta antara 2 orang, mereka perlu segera dijodohkan.Bukan senang hendak bermujahadah jika hati sudah berpaut pada seseorang.Lagipun,cepat kahwin akan mengurangkan maksiat...."
KOMEN:- Novel yang Sesuai dengan jiwa remaja Islam yang mencari erti CINTA yang sebenar..Seperti penulis...hehe...Watak utama ialah Khazinatul Asrar..Buku dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin..Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan JUBLI EMAS DBP. Dibeli di Kilang Percetakan DBP,Kelang..Harga=RM 29.80.Tunggu apa lagi..rugi kalau x dimiliki..
Posted by Annair at 7:43 AM 0 comments
Labels: Taman Ilmu
Subscribe to:
Posts (Atom)





