? ??????????????For All Times? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1923 Total Grabs. ?
?????Get the Code?? ?? ?????Single and Loving It? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (17 Ratings)??10 Grabs Today. 3168 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Purple Flower? ????? ???? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, November 3, 2010


“Sayang, kita dah sampai.”

Safiyyah menggosok mata yang masih kantuk.

Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.

Tapi safiyyah kena janji dengan abang, walau apapun yang jadi lepas ni Safiyyah mesti
redha.”Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata-kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi
Safiyyah tanya kita nak kemana. Tapi abang tak jawab pun.”“Kan abang nak bagi Safiyyah

hadiah ulangtahun perkahwinan kita.”“Tapi cara abang cakap tadi macam pelik je.”

Nak kahwin lagi ya?”Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.

Kalau betul kenapa?”“
Safiyyah tak kisah tau.

Nanti Safiyyah dapat payung emas di syurga.
”Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah.

Moga dia menjadi bidadariku di syurga.“
Abang ni kenapa senyum-senyum ni?”“Dah la.
Lagi cepat kita masuk ke dalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang.”

“Okey..”Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir di
tempat yang disediakan.Di hadapannya tersergam sebuah bangunan canggih.
Pintunya
diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah…
Muhamadurrasulullah..’.
Suaminya menggenggam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.


****Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang di tiang itu.

Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8.
Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.“
Jom masuk sayang.”

Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam mesin pintu pejabat di hadapannya.

Lantas terpapar namanya di atas skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘masuk’.
Dia memimpin tangan isterinya.
Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.

Kelihatan seorang lelaki di dalam pejabat itu.
Senyumannya mengisi ruang wajahnya.

Seakan terpancar nur keimanan pada rautnya yang tenang.“
Selamat datang Uwais Al-Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote di tangannya.

Kerusi di hadapan meja kaca itu terbuka.“
Sila duduk..”“Terima kasih.”

Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu.

Dia menyelongkar laci kaca yang terapung di atas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.

Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”“Nur Safiyyah binti Dr Tariq Ziyad.”

Dr Tariq Ziyad? Macam biasa dengar.
Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”

Safiyyah hanya diam merendah diri.“
Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu.

Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan-nekan skrin sensitif di hadapannya.
Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.Safiyyah memerhati.


MISI JIHAD CINTA


Nama Mujahid : Uwais Al-Qarni bin AmmarNama Mujahidah : Nur Safiyyah binti Tariq ZiyadDan banyak lagi butiran yang diisi suaminya..Hati Safiyyah berbunga riang.

Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah.. Ya Allah, aku syukur padaMu.
Cita-citaku semakin dekat. Syahid menggoda rohku. Aroma syurga
menggamitku.

Misi jihad cinta itu sudah lama diidam-idamkan.
Peraduan Misi Jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang amat bernilai.
Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama-sama berjihad di tempat yang akan
di hantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syahid.

Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.“
Ni bang..”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan.
Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu menekan-nekan sesuatu.
Kemudian dia tersenyum.


Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo.”

****“Bang..”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya direnung.
Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.“
Ya?”Safiyyah diam.

Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.“
Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang.. Apa ni.. Bukankah itu yang kita tunggu-tunggu selama ni?”
“Habis tu.. Kenapa menangis?”“Safiyyah tak sabar nak pergi sana.
Lagi 2 hari kan bang..”“Ya,abang pun tak sabar dah.
Semakin dekat bau harum syurga..”

Abang..”“Ya?”“
Kita berjumpa lagi tak nanti di syurga?”
“Safiyyah sayang…”“Ya bang..”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang di syurga.
Jangan risau ya..”“Safiyyah tak risau pasal tu.
Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.
”Kata-kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh.

Subhanallah.. Aku sayang dia keranaMu ya Allah.

Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami.


Cukup hanya dia bidadari solehah yang telah kau sediakan untukku.

Moga di dunia dan juga di syurga.


“Safiyyah.. Ingat tak dulu zaman kita sama-sama ditarbiyyah?”“Ingat bang.. Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan.”“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang-kadang buat abang geram.”


“Laa.. Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimat Tarbiyyah. Muslimat yang kuat menongkah ujian, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berana membantah kebatilan. Kan?”“Ya sayang.
Muslimat masa tu semua kuat belaka. Abang tengok macam kering hati je.”
“Terpaksa la bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habis la perjuangan. Asyik-asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.”


“Ya, abang faham.”“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimat kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syahid. Safiyah yang terlambat bang..”

Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi.
Dia sedang menunggu saat kemanisan itu.
Nanti akan dia capai tangan sahabat-sahabatnya di syurga nanti.
Sahabat-sahabat, tunggu kedatanganku. Hatinya menyeru.
“Sabar la. Tak lama lagi..”


****Di khemah persiapan, Kota Toledo.Malam itu mereka tekun.

Hati dan jiwa betul-betul diserahkan kepada Allah.

Setiap saat dipenuhi dengan solat-solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al-Quran.

Di atas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas.

Tampak air matanya mengalir. Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap.

Bukan airmata sedih yang sedang mengalir.
Tetapi armata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.

Nur Safiyyah.. Terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini.
Safiyyah isteri solehah abang.

Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang.

Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik.
”Esakan isterinya semakin kuat.

Hatinya pedih dalam gembira.“

Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan.

Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya.

Matlamat kita jelas, hidup mulia atau mati syahid.

Sekarang di hadapan kita peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat-bulat pada Allah.

Bila kita sama-sama jalankan misi itu nanti, Safiyyah kena ingat Allah banyak-banyak.

Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syahid.”


Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa-

apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang..”

Abang, Safiyyah tak minta apa-apa pun.”
“Kita jumpa di syurga ya.. InsyaAllah..”


Dahi isterinya dikucup lembut.“Abang ada satu permintaan.”“Apa dia bang?”“Baju tu.

Nanti Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”

“Ya,InsyaAllah. Abang pun ya.”“Ya,InsyaAllah.
”Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia

mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung di atas tali.

Tertulis perkataan “
Peserta Misi Jihad Cinta” di belakang baju putih milik suaminya.

Di bahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al-Qarni dan di sebelah kiri terdapat

bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah.

Juga pada bajunya.

“Assalamualaikum.. Akh Uwais..”Terdengar suara member salam.

Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.“Waalaikumsalam.”

Uwais membuka pintu khemah.“Akh, sekarang sudah tiba masa kalian.

Seruan jihad sudah dipalu.”“Baiklah. Terima kasih.
”Uwais menutup kembali pintu itu.

Dia pusing menghadap isterinya.“Sayang, dah tiba masanya.”“Ya.”

Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh.
Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa di syurga ya.”
“InsyaAllah bang.
Sekejap lagi kita bertemu semula.”


****Boomm..Boommmm..Boommmmm..
Dentuman demi dentuman terdengar.
Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bumm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah.
Ada peluru tertimbus di dada dan di sekitar tubuh mereka.
Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah.
Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al-Qarni.
Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bummm!Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju.
Wanita berjilbab itu ditembak di belakang badannya. Peluru tertimbus dalam.
Nur Safiyyah tersenyum.Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit.
Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji.Mereka bertemu di syurga.


Surah At-Taubah :(52) Katakanlah: (Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid) dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu.

(71) Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(72) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.

(111) Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

Surah Al-Ahzab :(22) Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka: Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.

(23) Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

……………………Original writing by Masturah Abu Bakar.


Indahnya syahid bersama zauj ~

Friday, September 17, 2010

Kau Pergi Jua (Vol.2)
Empangan air mata yang di tahan-tahan selama ini akhirnya tumpah membasahi pipi..Betapa kini ku sedari kau memang tiada lagi..Rindunya aku bertemu denganmu..Setelah seminggu berlalu , walaupun dengan kedatangan sahabat karibmu , rasa rindu bertemu denganmu masih hangat...
Rindunya aku pada saat itu..

Namun, aku bersyukur sekurang-kurangnya dengan kehadiran sahabatmu dapat mengubati luka2 saat merinduimu..Terima kasih Syawal.

Sehingga waktu ini, aku sangat merinduimu Ya Ramadhan..
Terima kasih Tuhan kerana menanamkan rasa cinta dalam hati ini..

Moga aku bertemu dengan Ramadhan lagi tahun depan..

Kerna masih banyak lagi janji yang ingin kukotakan..

Tuesday, September 7, 2010


Kau pergi Jua (vol.1)


Duup..Daaap..Degup jantung ini berdegup...Tidaaakk!..Akal melawan arus kawalan.. Kau dah nak
pergi dariku..Tanpa ku sedari..kau dah nak pergi dari sisiku,...jauh sekali..Jika kau meninggalkanku, aku perlu berlari,memecut untuk
mendapatkan kasih sayang dari PenciptaMu..


Terbayang-bayang di benak fikiranku..Malam-malam kau dan aku sentiasa bersama..Akan ku isi dengan kalimah2 Agung PenciptaMu.....Tidak pernah lekang sekali kau dariku...Ke mana sahaja..aku pasti ingat, yang engkau sentiasa berada bersamaku sepanjang 1 Purnama ini..



Moga Cinta Sejati PenciptaMu akan sentiasa beradu bersamaku


Kerna kini ku sedari...


Yang Kau Kan Pergi Jua


Saat aku merinduimu....

Mereka juga turut meraikan kedatanganmu...

Peristiwa2 besar juga banyak tercetus di hari2mu...

Kaabah jua merasai hebatnya kehadiranmu..

Ya Allah, sampaikanlah aku padanya lagi...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan


Aku Berdoa ..

Ya Allah kau sampaikanlah aku kepada RamadhanMu..

Ya Allah..kau berkatilah sisa umurku..

Ya Allah..kau rahmatilah laluan hidupku..


Aku insan kerdil dan tak punya apa..

Aku hanya mampu mengadu dan meminta..

Aku hambaMu yang penuh dengan dosa..


Ya Allah..padaMu aku meminta..

Ya Allah kau perkenankanlah rayuan doa hamba..

Ya Allah kau lindungilah hamba...

Sebelum jasad bercerai dari nyawa..


Moga Ramadhan dapat ku temui jua...




With all my heart..hepi Ramadhan..

Monday, July 12, 2010

Wanita..hargai dirimu


Kenapa wanita perlu menghargai diri sendiri..Lihatlah betapa Tuhan menciptakanmu sbaik2 kejadian:


"Ketika Aku menciptakan seorg wanita, ia diharuskan utk menjadi seorg yg istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia... namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dr dlm utk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali dtg dr anak2nya
"Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika orang2 lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.."
"Aku memberinya kepekaan utk mencintai anak2nya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya"
"Aku memberinya kekuatan utk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya..."
"Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui bahwa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, ttp kdg menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu.. "

"Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ia adalah khusus miliknya utk digunakan setiap kali kehendaknya...
"Tahukah engkau.... kecantikan seseorg wanita itu bukanlah terletak dr pakaian yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkan, atau bgmn ia menyisir rambutnya.. Kecantikan seseorg wanita itu dilihat dr matanya,

krn di situlah pintu hatinya - tempat di mana CINTA ITU ADA DAN BERMULA..............."


Friday, June 11, 2010

Indahnya Sungai Melaka


Assalammualaikum..


Pulang ke kampung halaman, itulah satu-satunya yang menjadi impian si anak kota..


Jika di kota, mata pasti x lekang dari deretan kereta2 mewah di jalanan.


Jika di kota, nafas bertambah sesak dengan lautan manusia yang berbagai rupa..


tapi,kini semuanya sudah ku tinggalkan ..


di sana..

Semalaman di Sungai Melaka bersama family tercinta, benar2 merehatkan minda yang berserabut dengan mehnah dunia. Perjalanan yang mengambil masa selama hampir sejam betul2 membuatkan aku terlena dengan kecantikan malam..Kerlipan neon2 di sepanjang jeti , melalui Kampung Morten dan berakhir di Bandar Hilir, membuatkan aku seolah2 berada di zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.




Inilah jalan perdagangan yang pernah di lalui masyarakat tinggalan sejarah dahulu. Dan, di jalan inilah Islam mula berkembang pesat dan bertapak kukuh di bumi MElaka..Tapi, bagaimana kini? Hangatkah lagi Islam di Melaka? Siapakah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan untuk menggalas taklifan ini...


Aku...dan juga kamu semua wahai orang muda..



Aku...berazam, akan ku kembalikan semula kegemilangan Islam di Melaka..





Sunday, May 23, 2010

Assalammualaikum

Selamat Menghadapi Exam Dunia

Tapi niatkanlah exam itu sebagai jihad untuk kelansungan hidup kita di dunia,
Iaitu untuk mengecapi kesenangan hidup di alam dunia,

Sekurang-kurangnya dengan niat itu,

Tak sia2 usaha kita dalam mendapatkan hasilnya,

InsyAllah 4 flat ye..


Amin Ya Rabbi

Friday, May 7, 2010






Assalammualaikum


Alhamdulillah, akhirnya siap juga cerpen saya yang ketiga ini. Selamat membaca.

Ombak kenangan



Prolog: Indahnya saat itu



Anak-anak kecil dan comel berlari-lari berkejaran di gigi pantai. Ibu dan abah tersenyum girang melihat keriangan anak-anak mereka. Nun jauh menghala ke bahagian tanjung, ku lihat beberapa orang kaki pancing seronok dengan hasil tangkapan masing-masing.Ku alih pandangan ke sebelah kiri pula, mata tak berkedip melihat kecantikan ciptaan Allah yang Esa. Laut yang terbentang luas, pohon ketapang yang melambai-lambai ditiup angin, dan pasir-pasir putih yang berkilau-kilau bak permata.********
Aku berdiri di sisi ‘Ombak Kenangan’ . Tenang sekali melihat nelayan-nelayan pulang membawa hasil lumayan.Bisakah semua yang kulihat saat ini akan sama di saat usia senja ku nanti? Mampukah generasiku melihatnya lagi suatu masa nanti?




Kerakusan makhluk bergelar MANUSIA !




" Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).Surah Ali Imran ayat 137.




Perjalanan pulang dari Kuantan ke Melaka amat meletihkan. Hampir kematu punggung ini dibuatnya. Mana taknya, duduk di bahagian paling belakang bas membuatkan aku sedikit tidak selesa. Bau asap rokok yang memualkan menusuk-nusuk ke hidungku. Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang tidak merokok malah aku sendiri amat sensitif dengan “makanan jin” itu.Mungkin agak kasar sedikit bunyinya, namun itulah realitinya. Menurut ustaz di tempat pengajianku, asap dan tulang adalah salah satu daripada makanan jin. Tambah ustaz lagi, orang yang suka hisap rokok tu adik beradik jin la..Nah!!Percaya atau tidak?




Permusafiranku ke bumi yang paling luas di semenanjung Malaysia itu bertujuan untuk menziarahi sahabat lamaku semasa berasrama penuh dahulu. Walaupun jauh jarak yang memisahkan,namun nilai ukhuwwah yang terbina suatu masa dahulu menjadi pengikat hati-hati kami.




Lantas, kesempatan berada di sana aku isikan dengan melihat alam maya ciptaan Tuhan Rabbulalamin. Di sana, walau masih banyak terdapat peninggalan hutan-hutan simpan, namun tidak kurang hebatnya dengan kemunculan kawasan-kawasan yang baru dibuka. Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kulihat banyak khazanah alam yang ditarah bagai tiada hati perut kurasakan mereka itu. Sesaat aku terbayang, apakah yang akan terjadi jika deretan flora dan fauna ini habis dikerjakan mereka yang kejam ini? Selamatkah lagi tanahair ini yang dahulu isi perut buminya dipenuhi dengan kepelbagaian rempah ratus. Mana perginya ahli-ahli politik yang hanya tahu menanam tebu di pinggir bibir. Alam ini menangis menuntut pembelaan anda..Allah…betapa ruginya ummat akhir zaman ini..Aku juga !




Mengapa DEWASA?




Walaupun umurku sudah berada di atas titian kedewasaan, namun aku masih rindukan zaman kanak-kanak dahulu. Biarlah mereka mengutuk pandanganku ini, namun bagiku, tiada salahnya aku menjenguk semula laman kegembiraan dan kebahagiaanku itu.





Dewasa,
Mengapa aku dewasa,
Sedang dunia ini semakin binasa,
Penuh dengan manusia berbisa,
Hidupku ternyata tidak biasa,
Berjalan di atas bara dan senjata berlaras.


Dewasa,
Setelah aku mengenalmu,
Aku menjadi seorang perindu yang tak pernah jemu,
Rindu dalam melukis manisnya hidup tiada ragu,
Rindu berlari berkejaran di tepian ombak dan bayu,
Rindu bermain bersama rakan-rakan kecilku,
Rindu memeluk tangan lembut abah dan ibu,
Rindu dalam kenangan lalu,
Bilakah lagi saat itu.




Percayalah, disebabkan kedewasaan, sesetengah manusia semakin tidak tahu apa sebenarnya erti dewasa itu. Mereka hanya dewasa dari sudut mencari material dan jawatan, namun hati mereka langsung tidak dewasa.




Aku terfikir, jika manusia itu benar-benar membina dewasanya, mereka tidak akan bertindak sesuka hati merobek kekayaan alam ini. Mereka pasti tidak akan merampas habitat kehidupan dan kehijauan flora di belantara kita.




Andai aku mempunyai kuasa seperti Ultraman atau mempunyai geng seperti Power Rangers, ingin sahaja aku menggunakan kuasa yang ada untuk menghenyak dan membinasakan kereta-kereta jentolak mereka. Biar punah ranah dan remuk kesemuanya seperti mereka meremukkan hatiku dan insan-insan lain yang cintakan
alam belantara ini.




Manusia harus sedar bahawa jika kerosakan dan bencana alam makin banyak terjadi adalah disebabkan tangan-tangan hina mereka sendiri. Malah Allah menyebut di dalam Al- Quran, sifat mereka adalah seperti kaum-kaum dahulu yang ingkar.




“(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi amat keras siksaan-Nya” (Al-Anfaal: 5).
Tidak gerunkah kamu manusia dengan seksaanNya?Fikirlah.




Realitikan impian, kembalikan kenangan




Sekembali dari perantauan di negeri orang, aku kembali ke negeri sendiri. Melihat kembali sisa-sisa kenangan lalu di tempat kelahiran sendiri. Betapa aku bersyukur kerana masih berpeluang merasai kedinginan suasana malam juga kelembutan bisikan bayu.




Hujung minggu yang lalu, aku menemani abah dan ibu pulang ke Tanjung Bidara , tempat lahirnya zaman kegemilangan kanak-kanakku. Aku tetap berbangga dengan Tok Senin dan Nenek Sadar yang masih mengekalkan rumah tradisional Melaka walaupun jiran sebelah menyebelah sudah bertukar selera. Kiri dan kanan rumah kampung itu sudah terbina beberapa buah banglo. Aku hanya terseyum melihat gelagat manusia. Biarlah mereka..Mungkin mereka tidak mahu ketinggalan dalam arus pemodenan negara.




Seusai solat isyak malam itu, aku dan sepupuku, Haza bersembang di beranda rumah kayu itu. Angin laut yang menyapa pipiku terasa lembut sekali. Setelah lama tidak berjumpa kerana masing-masing mengejar cita-cita, kami mengambil peluang ini berborak panjang meniti sebuah topik ke topik yang lain.




“Aku dah dapat satu projek untuk membina sebuah resort di kampung kita ni.”Aku hanya mengangguk mendegar ungkapan katanya. Memang aku yakini sikap Haza yang sangat rajin bekerja untuk menampung adik-beradik dan ibu tunggalnya di rumah tua ini. Walaupun ibu dan adik beradiknya tinggal di rumah ini bersama Tok Senin dan Nek Sadar, namun dia tidak mahu kehadiran mereka sekeluarga memberi beban hidup kepada Tok Senin dan Nek Sadar. Dia sedar dengan kerja sebagai nelayan , Tok Senin tak akan mampu menanggung kehidupan adik-adik dan ibunya.




“Wah, baguslah dah dapat projek baru. Tapi satu sahaja yang ingin aku pesan”,sambungku dengan nada penuh mengharap.
“Aku tahu, tentu kau mahu akan menjaga kesucian pantai dan ekosistem di sanakan. Kau jangan risaulah, aku kan sepupu kau yang paling baik hati, tak kanlah aku nak rosakkan pantai dan ombak kenangan kita”,katanya sambil menepuk-nepuk bahuku.
“Aku pegang janji kau , Za.”
“Aku janji, aku pun tak sanggup menghapuskan semua kenangan sewaktu kita kecil-kecil dulu"



"Baguslah, aku nak kau tahu.."



"Apa dia?"tanyanya sambil menangkat sedikit keningnya.



"Aku bangga dengan kau. Ye, semangat dan sikap kau yang tak pernah lupa asal-asul kita"



Haza tersenyum ."Itu dah tanggungjawab aku, dan kau juga"



Akhirnya, aku dan dia sama-sama menguntumkan senyuman.




“Apa nama resort kau tu Za”,tanyaku lagi.




“Ombak Kenangan! ”




7 Mei 2010,
4.12 p.m
IPGKPI@Petang santai.
-Cintai alam kita-

Saturday, May 1, 2010

Assalammualikum...


Sahabat

Sahabat...
Saat aku lemah tak berdaya,
Kau hadir tanpa ku pinta,
Menghulur janji ikatan setia,
Pada kehidupan yang sementara.

Sahabat..
Andai aku tersasar jalan,
Tariklah aku jangan kau lepaskan,
Aku tak rela ditinggalkan,
Di persimpangan kehidupan,
Yang penuh onak cabaran.


Sahabat,
Kau teman juga kukira kawan,
Saat manis bersulam kenangan,
Jangan sepi kau biarkan
Bawalah ia ke tasik pengharapan,
Meniti alam kedewasaan.

MOga kita semua bersahabat
Selamanya di dunia dan akhirat..


@home
7.46a.m
2 Mei 2010

Monday, April 5, 2010

السلام عليكم


CERPEN

Mujahadah Cintaku





Prolog:Munajat hambaMu

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-waniata yang baik pula”(An-Nur:26). Berjuraian lagi air mataku ketika tafsir kalamullah ini kubaca. Sebak dadaku bila memikirkan diri yang hina ini. Layakkah aku mengimpikan zauj yang soleh sedangkan diri ini masih banyak dosa kepadaMu. Astaghfirullahalazim….Aku meraup muka, menyapu sisa-sisa air mata yang membasahi pipiku. Aku menoleh ke muka jam di atas meja belajar, jam 1.00 pagi. Kemudian, ku toleh pula rakan sebilikku, Adawiyah..”Alhamdulillah, dah nyenyak tidur pun. Ke mana agaknya jelajah mimpimu.” Monologku sendirian. Seusai menunaikan Solat Taubat, sejadah yang terhampar dan telekung yang kupakai kulipat kemas ke dalam almari comelku. Aku menuju ke meja belajar dan melihat sebentar jadual kuliah untuk hari esok. Selepas memilih dan memasukkan beberapa buah buku ke dalam beg, aku mula menguap beberapa kali, tandanya Sang Bantal dan Cik Selimut Biru sudah menunggu kehadiranku!



**************************
Mujahadah 1: Hidup menuntut Mujahadah!


“InsyAllah, Selasa ni tugasan projek Lughotul Arabiyah akan diberikan”, tenang suara Ustaz Jazlan, pensyarah dari Al-Idarah Arabiah. Aku mencuri lihat rakan-rakan sekelas, khusyu’ dan redha dengan kata-kata ustaz. Tersenyumku sendirian, inilah semangat bakal-bakal murabbi yang dicari. Ustaz meneruskan kuliah Lughotul Arabiyah hingga ke jam yang terakhir. “Ilaliqo’ ”, ucap ustaz sambil melangkah ke luar kelas. Seketika kemudian, azan Zuhur berkumandang. Aku segera mengemas buku-buku yang kubawa ke dalam beg dan bergegas ke masjid kampus. Bukan apa, jika terlewat pasti ramai muslimat yang beratur untuk mengambil wudhu’, terlepas pula peluang berjemaah di masjid nanti.


************

Alhamdulillah, dapat juga berjemaah hari ini. Setelah mengaminkan doa Imam, aku bersalaman dengan jemaah yang lain. Aku meluaskan pandangan mencari pensyarah-pensyarah yang berkesempatan berjemaah di sini. Bagiku, keberkatan ilmu itu sangat penting, salah satu caranya dengan bersalaman dan memohon ampun dari mereka. Kemudian, aku bangkit dan ..Zupp…tiba-tiba mataku bertamu pandang dengan seseorang dari tirai bahagian muslimin. Aku segera menundukkan pandangan kerana sangat terkejut.”Ish, siapa pula lah yang tak reti-reti nak tutup balik tirai kain ni”. Aku mengomel sendiri. Kemudian, aku segera mencapai beg dan meneruskan langkah ke Baitun Nisa’.

“Izzah, lewat balik hari ni?’’, sapa Adawiyah sebaik sahaja aku tiba di bilik.
“Aah, singgah maktabah sekejap tadi, renew Kitab Tafsir Ibnu Kathir ni, dah makan?” tanyaku sambil meletakkan buku ke meja belajar.
“ ’Ada tunggu Zah lah ni, jom makan, dah berdondang sayang perut ni” katanya sambil tersenyum. Beruntung aku dikurniakan teman sebilik sebaik Adawiyah. Walaupun umurnya setahun muda dariku, namun fikirannya matang malah sentiasa mengambil berat tentang diriku. Lebih-lebih lagi, pada tahun ini aku terpilih sebagai Majlis Pimpinan Muslim (MAPIM) di kampus.


Mujahadah 2: Mujahadah bukan palsu!


Kecekapan mengurus diri dan membahagikan jadual waktu dengan bijak perlu ada di dalam diri setiap pemimpin. Terngiang-ngiang madah pujangga dari salah seorang guruku dulu. Ya! Kini akulah orang itu, akulah pemimpin itu. Duhai diri, jangan kau kesali taklifan yang dipertanggungjawabkan kepadamu. Dengan tugasan sebagai seorang anak, penuntut ilmu, naqibah dan pemimpinlah kau akan mengenali siapa dirimu, siapa Tuhanmu. Jadikanlah peluang ini sebagai wadah dan bekalan menuju akhirat.InsyAllah
Kebiasaannya, malam Selasa dan Rabu pasti ada kuliah maghrib yang disampaikan oleh para ustaz yang dijemput khas. Saat inilah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua muslimin dan muslimat untuk menimba ilmu-ilmu syariah,al-quran,fikah dan sebagainya. Aku juga tidak ingin melepaskan peluang ini. Tetapi malam ini ada kelainan bagiku, saat menunaikan solat Isya’ aku begitu tertarik dengan bacaan al-quran yang dialunkan oleh Imam. Syahdu sungguh bacaannya sehingga bergenang kelopak mataku menahan sebak dengan bacaannya.


Sepanjang perjalananku ke bilik, mindaku ligat memikirkan siapakah yang mengimamkan solat Isya’ tadi. Suaranya tidak pernah ku dengar sebelum ini. Biasanya yang menjadi Imam adalah pelajar kampus sendiri dan kebanyakannya adalah suara-suara yang sama. “Biarlah..” getus hatiku. “Syukurlah bertambah ramai muslimin yang mampu kedepan menjadi Imam muda,kalau bukan mereka siapa lagi yang boleh diharapkan” omelku lagi.


Aku terus membuka Yahoo Messenger sesampai dibilik. Sambil menaip tugasan, sambil bechatting., sekadar menghilangkan mengantuk..hehe.
……. “Soutul Azim added you as his friend”…….
“Eh,siapa pulak mamat ni,budak kampus ni ke?, aku tertanya sendiri.
“Salam, aasif ganggu nti”
“Wkmslm, anta siape?”
“Tak perlu kenal ana siapa, cukuplah sebagai Soutul Azim. Maaflah,ana ingat nti ni garang,selalu serius je kalau terserempak ngan ana”
Ewah-ewah,sesedap rasa mengata orang,dah la aku tak kenal siapa dia. Ni boleh mendatangkan kemarahan ni.Sabar Izzah.
“Baguslah kalau pandangan nta kat ana macam tu, sekurang-kurangnya tak da lah lelaki yang berani kacau ana,kecuali anta”
“Bolehlah kita kawan kan?Sekadar berkongsi Ilmu”
“Ok je. Tapi buat masa ni ana sibuk sikitlah.Kita sambung bercerita hari lain ye”


*********************
Sejak diganggu “Soutul Azim ” yang entah dari planet mana datangya, aku tidak lagi mengaktifkan YM. Lebih-lebih lagi , kala ini bulan Ramadhan telah tiba. Aku tidak mahu mencemarkan diriku dengan melayan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Dan saat untuk pulang ke desa menyambut Hari Raya tinggal beberapa hari lagi. Aku betah menghabiskan tugasan kuliah, mengadakan usrah bersama adik-adik tercinta juga beberapa kerja MAPIM yang akan diselesaikan sebelum masing-masing pulang berhari raya.


***************
Tet!Tet! Isyarat mesej dari telefon Sony Ericsonku.
“Salam aidilfitri ucapan diberi, maaf jika ada kesalahan di hati”-Soutul Azim.
Hampir terlopong mulutku bila mesej ringkas itu kubaca. Mana pulak la mamat ni dapat nombor telefonku. Aku kebingungan. Jam di dinding menujukkan 6.45 pagi. Dah la awal-awal pagi mesej aku. Kacau daun la mamat ni.Terasa menyirap sedikit darahku atas gangguan pagi-pagi ni. Aku menggenggam erat telefonku. Kali ini aku nekad, biarlah saat ini menjadi titik tolak terakhir aku berbicara dengan insan yang kononnya “Soutul Azim”


“Jazakillah, tapi ana nak tanya mana anta dapat nombor ana ni?Dan siapa anta sebenarnya?”
“Aasif jika mengganggu ketenangan di pagi raya, ana la Huzaime”
Ya Allah! Huzaime. Satu persatu peristiwa tebayang di tubir mataku. Huzaime yang aku bertentang mata dengannya di tirai masjid, Huzaime yang mengimamkan solat Isya’ setelah aku diberitahu rakan tentangnya, Huzaime jugalah salah seorang ahli MAPIM di kampus. Ya Allah! Bergetar tangan dan jantungku saat itu. Adakah dia yang Engkau hadirkan setelah saban malam aku memohon kepedaMU dalam memilih jodoh terbaik untukku.


Mujahadah 3: Pahitnya Mujahadah itu.


Kuliah dibuka semula selepas cuti Hari Raya. Dan aku adalah insan yang paling gentar meneruskan hidup di kampus ini. Aku teringat semula mesejku kepada Huzaime
“ Ana tak mahu persahabatan suci kita ada unsur lagho, harap anta faham, “ kataku.
“Ana faham dan ana hargai. Cuma hasrat hati ingin persahabatan kita berkekalan. Andai ada jodoh,sebelum grade nanti ana bagi tahu”
“Harap lepas ni kita tak selalu berhubung, ana tak mahu kredibiliti ana dan anta sebagai pemimpin dipandang rendah,”sambungku lagi untuk memahamkannya.
“InsyAllah, kita sama-sama mujahadah”.
Rasanya, itulah kali terakhir aku berhubung dengannya. Aku harus kuat dengan dugaan ini. Bagiku, kehadirannya hanyalah asbab dari Allah untuk menguji keimananku. Tabahlah duhai hati.


Epilog: Mujahadah Cintaku


Aku menangis lagi di hadapanMu Ya Allah.
“Janganlah Kau bebankan aku dengan sesuatu yang aku tiada daya untuk memikulnya.Andai dia jodohku, kau satukanlah kami dalam rahmatMu dan Kasih SayangMu. Andai dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah dirinya dariku.Ya Allah”.


Bercucuran air mataku saat sujud di atas sejadah dunia ini. Siapalah aku untuk memiliki insan sebaiknya, yang tinggi ilmu sepertinya, dan kudrat seteguhya dalam menjalankan dakwah.
Di sinilah aku sedar, bahawa cinta itu berkuasa sepenuhnya. Cinta adalah asas kehidupan manusia dan fitrah manusia adalah beribadah kepada Allah. Cinta tak mengenal siapa-siapa hatta seorang tukang kebun atau ahli korporat. Maka wahai ummat akhir zaman sekalian, jadikanlah Al-Quran dan Assunnah sebagai pegangan utama, nescaya hidupmu akan indah belaka.


Jadikan cinta Siti Khadijah kepada Rasulullah sebagai tauladan utama. Teguh imannya dalam mempertahankan cinta seorang suami yang menyebarkan dakwah kepada ummat sehingga sanggup mengorbankan seluruh hartanya untuk usaha dakwah suami tercinta.


Di sinilah jua aku akui, pentingnya Mujahadah Cinta dalam menggapai Rahmat Allah. Cinta sebenar adalah milikMu Ya Allah.

Kau simpanlah rasa cintaku ini khas buat bakal zaujku nanti.
Tentang aku dan Huzaime, biarlah Allah yang menentukannya. Allah yang membolak balikkan hati.Tetapkanlah aku di atas Siratul Mustaqim dan jadikanlah aku muslimah yang solehah. Ikhlasnya, akan kutunggu tahun akhir nanti!

Mujahadahlah wahai hati-hati menuju cinta hakiki milikMu Rabbi. Indahnya andai hidup bersama Islam di hati!


-Srikandi89-
15 Februari 2010
Cuti Mood(^^)v


p/s:watak2 dalam cerpen ini tiada kena mengena dengan mana2 pihak samada hidup atau yang telah meninggal dunia.

Wednesday, March 24, 2010

Assalamualaikum








Mana milik kita?
Segalanya ada bukan milik kita..
Semua yang ada Allah yang punya
Kita tak punya apa2..
Teringat lirik nasyid Rabbani..Suara Allahyarham Ustaz Asri pun masih terngiang2 di telingaku ini. Saat ini, menginsafi diri adalah paling layak buat insan bergelar hamba ini.


Kita tak punya apa2 tapi kita sebagai hamba layak berusaha dan hasilnya pasti berakar umbikan apa yang kita usahakan
Dan ,ingatlah wahai aku yang bergelar Hamba,
Allah tidak akan menimpakan sesuatu itu di luar kemampuan hamba itu sendiri.

Ingatlah wahai aku,
Janji Allah itu pasti..tidak akan pernah terkeluar dari paksi keadilan dan kesaksamaan.
Renungilah wahai aku,
Setiap hikmah di sebalik semua perkara yang terjadi.




Wallhua'lam
-Langit gelap di jendela,
Bintang2 tersenyum manja-
11.44 mlm

Sunday, March 14, 2010

Assalammualaikum

Warkah perantau@ Kuantan

Walaupun sudah masuk kali ke-3 berPBS, namun bagi hamba ada sesuatu kelainannya. Tempoh seminggu berada di SKBatu 3,Kuantan meluaskan lagi sisi pandangan hamba terhadap kerjaya Guru..Percayalah, realiti kehidupan seorang guru di sekolah 100% tidak sama dengan segala benda yang kite pelajari di IPG..

1)Diskusi ilmu hidup bersama bekas peguam syarie lulusan Azhar : Guru J-Qaf(Ustaz Radzi)

Perbincangan bersama insan ini banyak menyentuh isu realiti kehidupan:-
i)Isu kewujudan ketidakserasian antara para guru
ii)Isu perceraian
iii) Isu masalah perkahwinan tidak sekufu

Pesanan ustaz:-"Follow like buffalo"

Terasa amat terisi perjalanan pada kali ini, syukran jazilan buat warga SKBatu 3 atas layanan mesra kalian walaupun baru pertama kali berjumpa.Syukran juga buat Hanann,Fiki n Kak Asitah atas layanan baik selama seminggu ini
Sehingga berjumpa lagi sume...

Bersama GB SK Batu 3

Bersama Ketua Panitia B.Arab

Syukran jazilan semua

Bukalah mata hatimu,
Menilai jalan hidup itu,
Jangan mudah mengungkap ragu,
Pada sesuatu yang baru diketemu,
Andai itu sudah takdirmu,
Jadikan ia racun dan madu,
Percayalah pada suratanmu,
Ia pasti jadi SATU..

Wednesday, March 10, 2010

Assalammualaikum

Gugurlah Permata Islam

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

Abdul Rahim Sabri Mar 10, 10 6:53pm
Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.
Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.
Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.
Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

"Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam," katanya
.

Sedih tak mampu diucapkan,hanya sempat melihat di layar tv saat berita pemergiannya.

Moga Allah menempatkannya di kalangan orang beriman.

Tuesday, March 9, 2010

Assalammualaikum

Sekadar Renungan- Syurga Dunia

Dengan bismillah lafaz dimula..

Alhamdulillah,hamba bersyukur walaupun diri ini terasa banyak kelemahan , namun hamba masih lagi diberi kesempatan menulis . Hiruk-pikuk dunia menjadikan hamba seorang insan yang banyak belajar mengenal dan menilai sesuatu. Titisan hujan di bandar Kuantan saat ini menjadi saksi akan keagungan Tuhan. Allah Maha Penyayang kepada makhluknya, di kala panas terik diberikannya hujan.ALLAHUAkhBAR!

SD-Apa itu Syurga Dunia

Semalam hamba terbaca majalah Solusi Isu 11,"Syurga duniaku adalah keluargaku,anak-anak pengubat rinduku juga isteri penyejuk mataku"-petikan catatan Allahyarham Ustaz Asri kumpulan nasyid Rabbani. Hamba termenung sekejap.

Dapatkah aku memilikinya

Dapatkah aku memiliki syurga dunia seperti itu?
Hamba juga manusia biasa yang ingin sebuah keluarga yang bahagia dan diwarnai dengan kasih sayang antara suami,isteri dan anak2.
Tapi dari mana perlu langkah ini dimulakan?
Saat cita-cita yang semakin hampir ke puncaknya , saat itu jugalah hati ini mula berbicara..
Membisikkan syair2 cinta ...

Memilih bukan mudah,Isthikarah ubatnya..

Untuk memilih bukan perkara yang mudah.Tak kiralah samada memilih calon suami atau kerjaya atau apa2 pun..Jika pilihan menurut hawa nafsu pasti buruk padahnya..Siapalah hamba untuk memilih sedangkan Allah Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik buat hambanya.."Mungkin apa yang kamu suka itu bukan yang terbaik untuk kamu dan buka semua yang kamu tidak suka itu tidak baik untuk kamu.."Hanya satu ubatnya, Istikhoroh memohon petunjuk yang tepat dari yang Esa..Pohonlah semoga tak tersalah pilihan.Pohonlah agar diberi kekuatan untuk memilih siapa yang terbaik untuk kita dan mampu membimbing kita di syurga dunia lantas ke syurga akhirat.....Moga hamba diberi petunjuk dariNya..Isthikarah membunuh keraguan..Isthikarah jualah permulaan segala-galanya..

Syurga Dunia Impianku

Syurga Dunia yang aku impikan,
Baiti Jannati yang aku idamkan,
Anak-anak solehah yang aku cita-citakan,
Mahabbah wal Mawaddah penyeri kehidupan,
Jannati Firdausi yang aku nantikan
Di akhir kehidupan..
Abah dan Ibu kaulah harapan,
Pendorong jiwa penguat kekuatan,
Kata-katamu tiada bantahan
Apatah lagi sebuah rungutan.
Ya Allah kaulah sebaik-baik sandaran,
Penentu jodoh pertemuan,
Segalanya akan kuserahkan,
Hanya kaulah sebaik pengaturan.



Friday, March 5, 2010

Assalamualaikum

Berenang:Sukan untuk umat Islam

Adalah Umar Ibnu Khatab dalam sebuah Atsar yang di riwayatkan oleh Maqhul,bahwa Umar Ibnu Khatab menulis kepada penduduk Syam yang berbunyi “ajarilah anak2mu berenang,memanah,berkuda”(kanjul ummal 11386) Tuntunan itu datang dari Sahabat Nabi SAW yang kita cintai. Berenang,memanah dan berkuda,Tiga keterampilan yang setidaknya harus dimiliki anak-anak penerus semangat Islam

Kenapa berenang?Golf moden sikit..

Bagi hamba, memang x salah kite main permainan korporat contohnye golf, bowling dll.Tapi alangkah bagusnya jika bersukan ikut ape yang Islam anjurkan.Islam membuat sesuatu pasti ada kelebihannya. Didik anak-anak bakal generasi kita dengan apa yang diwariskan oleh ulama' terdahulu. Ajarilah berenang kerna dengan berenang manfaatnya.Bukan untuk anak-anak malah kita juga ada manfaatnya.

Apa manfaatnya?

Nak tahu manfaatnya, jom kita lihat satu persatu.Hamba tak tipu:


  • untuk meningkatkan stamina.

  • untuk melatih otot-otot tubuh

  • untuk melatih jantung dan paru-paru bekerja secara lebih efisien, yang mana memberikan sirkulasi oksigen keseluruh tubuh
  • untuk melatih daya mengapung ketika latihan, dan juga untuk mengurangi ketegangan pada tubuh.

Opps..nak tapi tak tahu caranya


Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..Hamba yakin dekat luar sana banyak pusat renang untuk kita bersukan.Pastikan kita tahu teknik2 asas berenang dengan betul.Tapi harus ikut batasnya,terutamanya tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.Itu sangat penting..Ingat.matlamat tak menghalalkan cara ok!

Saya suka berenang

Beberapa hari lepas hamba pergi ke pusat renang UNITEN..Punyalah excited bila sampai sana..Sekali sekala tukar la pula cara bersukan..Dari atas darat ke dalam air..Cuba,try,test..x rugi punya la..Hamba sendiri dapat merasakan betapa Islam itu Indah dan menyediakan yang terbaik untuk ummatnya walaupun dalam bersukan.


Tempat:Kolam Renang UNITEN

Hari:Selasa & Rabu (UNtuk Muslimat sahaja)

Masa:5 pm-7pm

Bayaran:RM 2(per person)








Berenang mengeratkan ukhuwwah



Berenang untuk sihat..Dengan izin Allah





Anak sape ntah..kecik2 cili api..lebih pandai berenang dari kami yang dah 21 tahun (^^)V

Thursday, February 25, 2010

Assalammualaikum

DI HAri LahiRMU..KekAsih Allah

Salawat serta salam buat Rasul Junjungan Muhammad s.a.w
Alhamdulillah, pada kali ini hamba berkesempatan melihat sambutan Maulidur Rasul di kampung halaman hamba..Bila melihat ummat2 berarak meraikan kelahiranmu, Rasulullah...hamba rasa sangat sebak. Andainya Engkau masih hidup, pasti dirimu gembira melihat ummat2 mu meraikan kelahiranmu.

Betapa besar budimu,Ya Rasul. Islam tak kan tersebar tanpa pengorbananmu.Hebatnya sahabat2 bersamamu dalam meneruskan misi suci ini. Hamba merenung kembali, sudah tahap manakah pengorbanan yang hamba lakukan untuk agamamu..Allah..

Duhai sahabat2, ayuh kite teruskan perjuangan Baginda , susunkan barisan mantapkan saf
untuk bekerja dalam Islam..InsyAllah..

Perbanyakkanlah selawat tanda kasih dan cinta kite pada baginda...
Moga hamba beroleh syafaatmu di hari perhitungan nanti..

Sekitar sambutan Maulidur Rasul Peringkat Ngeri Melaka
135 kontijen..

Gambar x berape clear,camera murah je..=)

Berarak tepi jalan, penuh cabaran..

Murid2 sekolah turut hadir,

Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung(^^)v


Wajah semangat puteri2 assharifah
Persatuan Puteri Islam Smka Sharifah rodzhiah.
Teringat zaman sekolah dulu...

Pengorbanan tak pernah jemu..
abah tercinta mengetuai bacaan selawat.

Moga Allah membalas pengorbananmu abah
Ada umur jumpa lagi tahun depan..
Peace..Abah!

Tuesday, February 23, 2010



Assalammualaikum



Buat Mawar2 Mujahidah

yg sedang merindui jalan menuju Allah…..

Skali wanita tergoda, gugurlah sekuntum wardah di syurga…Sekali wanita ternoda, berdekah2lah syaitan di neraka…”

Rasulullah SAW * generasi2 itu telah tiada! Lama sudah mereka berlalu meninggalkan kita.
Muhammad, kekasih Ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah, meniti hari. Bermula drpd seorang diri, menyampaikan dakwah secara sembunyi2. Bukan baginda tidak berani & takut mati, namun itulah wahyu ketika itu, strategi Rabbi.



Ucapan baginda tak lahir dari nafsu & melainkan wahyu yg suci. Ucapan yg hikmah dari kalbu yg jernih disambut oleh hati yg bersih & jiwa yg fitri. Dimulainya mengajak manuia kpd Islam dgn menjernihkan firah, pendekatan akal, pemahaman & menyentuh sanubari. Juga dgn jln hujah & ketenangan, dgn hikmah & pengajaran penuh seni.

Bila mana ada pendebatan dirungkaikan dgn baik & menambat hati. Bila mana mendapat tekanan, rintangan serta seksaan, berlaku sabar & melontarkan doa kasih nan sejati.

Duhai akhawat sayang fillah, si mawar mujahidah, ketahuilah…..

Dlm kita langkah hidup ini, hanya ada 2 jln yg salah satunya perlu ditempuhi. Kita yg memilih jln kita sendiri. Kalau kita tak memilih jln menuju Allah, pastinya kita akan melangkah di jalan yg menuju kecelakaan diri sendiri iaitu jln syaitan & jln kesesatan itulah jln iblis.



Orang yg berjalan di atas jln Ilahi, sentiasa berusaha menyucikan jiwa & hati, sementara org yg berjalan di atas jln iblis, tiada sensitiviti dlm mengotori & menodai hati.



Masing2 berusaha & masing2 bergerak, meniti waktu & hari, mendekati mati. Akhirnya masing2 kerdil menghadap Ilahi. Sudah tentu d sana, ada perbzaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yg tinggi? Sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat di sisi Ilahi.
Namun, adakah sama orang yg sekadar berangan2 tetapi tak mempunyai persiapan yg serius untuk menghadapinya? Berapa ramai org yg sanggup menjual harta & diri demi membeli redha Allah? Sungguh, manusia lupa perjumpaan itu!

Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hatinya yg jernih, fikrahnya menjadi ghuroba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yg tinggal hanyalah org2 yg ikhlas dgnNya.
Adakah amalan & akhlak kita melayakkan diri kita termasuk dlm golongan ghuroba’ ini? Mungkinkah kelalaian kita yg berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jln ini?




Nauzubillah!

Ya Allah, bantulah kami untuk tetap layak berada di atas jalanMu. Jgn sekali2 Kau menapis kami dari jlnMu kerana kelalaian kami sendiri utk mengubat hati & mengubah sahsiah diri.

Thursday, February 18, 2010

Perkongsian: Apakah Kamu Mendoakannya?

Pernahkan anda bermunajat kepada Allah, akan orang yang anda seru? ~

“Apalah mamat tu, aku dah ajak elok-elok, dah guna pelbagai cara, tapi dia masih buat do no je”
“Itulah dia, hati Allah tutup. Sejuta kali dah aku tegur, buat bodoh je.”
“Inilah dia orang-orang yang tak dapat hidayah.”
“Kita dah usaha dah tegur. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tapi tak sedar-sedar juga”
Begitulah ayat-ayat yang sering keluar daripada mulut kita, apabila kita berusaha mengajak seseorang kepada kebaikan, atau menegur kesalahannya, kemudian dia buat tidak endah, atau menghina kita semula, mempermainkan kita dan sebaliknya.


Kita rasa kecewa, lantas menyalahkan sikapnya yang buruk, yang degil untuk menerima kebenaran. Mungkin kekecewaan kita itu keluar, selepas berkali-kali berdakwah, menegur, berusaha dan dia tetap tidak berubah gaya. Maka kita menyangka dia sudah tiada harapan.
Tetapi apakah kita mendoakannya kebaikan?
Apakah kita mendoakan, agar hatinya menerima ajakan kita?


Kita sangka, kita sudah habis usaha
Kita ini suka melihat manusia pergi ke arah kebaikan. Maka kita pun berusaha mengajak ramai manusia ke arah Allah SWT, memahami agama-Nya, mendalami syariat-Nya. Kita rasa tidak redha melihat manusia tenggelam dalam jahiliyyah dan rosak dengannya.
Maka kita berusaha dengan pelbagai cara. Kita ajak orang itu dan orang ini. Ada yang terus menerima ajakan kita. Ada yang menolak, ada yang liat, ada yang memberikan pelbagai alasan. Tetapi kita tidak terus tewas. Kita berusaha.


Kita berusaha dengan cara belanja makan, kita usaha dengan cara ajak berkelah, ada masa kita hantar kepada dia e-mail nasihat, kita luang masa sembang dengan dia untuk selesaikan apa-apa masalah dia, kita bagi hadiah masa birthday dia, kita ziarah rumah dia dan 1001 cara dakwah lagi.
Tetapi dia tetap tidak mahu pergi kepada kebaikan. Ada yang lebih teruk, dia menghina pula perbuatan-perbuatan kita itu.
Waktu itu, kita sangka kita telah habis usaha.


Tetapi benarkah usaha itu terhad pada tindakan fizikal? Dan benarkah peluang untuk berusaha itu telah tertutup hanya dengan penolakan selepas melakukan usaha yang banyak?


Kita mungkin lupa untuk berdoa agar Allah membuka hatinya. Kita lupa untuk solat sunat, bermunajat agar Allah membuka jiwanya menerima ajakan kita. Kita mungkin lupa.
Sebab itu, hatinya tidak pernah terbuka.


Yang Memberi Hidayah, bukan kamu


AllahSWT berfirman:
“Sesungguhnya kamu tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai” Surah Al-Qasas ayat 56.
Maka, apakah kita pernah meminta kepada Tuan Kepada Hidayah? Pernahkah kita sujud dan meminta kepada-Nya untuk melapangkan jiwa orang yang kita seru?
Sesungguhnya, kita ini hanya ditugaskan untuk berusaha. Hidayah tetap di tangan Allah SWT.

Maka, apakah kita telah berusaha sepenuhnya?
Doa itu sendiri merupakan salah satu usaha kita untuk menyeru manusia kepada kebaikan.
Namun kita sering terlupa. Ya, kadangkala, dalam mengajak kepada-Nya, kita boleh terlupa untuk meminta bantuan-Nya, mengadu kepada-Nya, merayu kepada-Nya.
Di sinilah kekurangan kita. Pernahkah anda terfikir?


Rasulullah SAW juga mendoakan mereka yang diseru
Kita lihat kepada susuk mulia, baginda Rasulullah SAW. Bagaimana Rasul Dakwah, Rasul Tarbiyah ini bergerak menyeru manusia. Hatta baginda, yang telah berusaha dan melalui pelbagai pengorbanan ini juga mendoakan mereka yang diseru. Walaupun, yang diseru oleh baginda itu menzaliminya.
Contoh termudah, lihat sahaja kisah baginda berdakwah kepada kaum di Taif. Baginda dibaling batu sehingga berlumuran darah. Tetapi apakah yang baginda lakukan ketika malaikat menawarkan peluang menghempap Taif dengan gunung?
“Jangan. Moga-moga dari tulang belakang mereka, muncul manusia yang beriman kepada Allah SWT”
Lihat? Nabi tidak mendoakan kehancuran untuk mereka.
Kita lihat pula bagaimana Rasulullah SAW, ketika dihimpit hebat oleh Abu Jahal dan Umar, baginda mendoakan mereka berdua agar Islam.
“Ya Allah, perkuatkanlah agama-Mu ini dengan Islamnya salah satu dari dua Umar. Umar ibn Khattab dan Amru Ibn Hisyam”
Pada satu ketika, Abu Hurairah mengadu kepada Rasulullah SAW akan keengganan kaumnya menerima Islam. Kemudian Rasulullah SAW segera berdoa:
“Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaum Daus(nama kaum tersebut), berikanlah petunjuk kepada kaum Daus”
Rasulullah SAW juga mendoakan Khalid Al-Walid.
Maka, adakah anda berdoa untuk manusia yang anda seru? Yang anda kata sebagai degil itu?


Penutup: Kadangkala, kita rasa kita sudah cukup berusaha


Ini adalah satu perkara yang merbahaya. Satu virus yang buruk yang mampu melemahkan tenaga seorang penyeru di atas jalan Allah SWT.
Ketahuilah, usaha untuk mengajak manusia ke jalan Allah SWT, hanya akan habis peluangnya ketika yang diseru itu mati. Bagi pihak penyeru pula, seruannya boleh dipanjangkan kepada pewaris-pewarisnya untuk diteruskan, sebagaimana kerja dakwah Rasulullah SAW yang sehingga hari ini masih diteruskan oleh kita.


Maka jangan rasa usaha kita sudah cukup. Terus kreatif dalam mengajak, terus mencari ruang dan peluang. Gunakanlah segala medan yang wujud, untuk mengajak manusia ke arah kebaikan. Gunakan Facebook anda, gunakan Yahoo Messenger anda, gunakan kerjaya anda, gunakan blog anda, gunakan akhlak anda, gunakan duit anda, gunakan masa lapang anda, gunakan jawatan anda, untuk berdakwah mengajak manusia ke arah kebenaran. Dan jangan sesekali lupa, hubungkan segala usaha anda, dengan Allah SWT, agar Dia memudahkan segala urusan kalian.
Amatlah pelik bagi seorang penyeru kebaikan, untuk mengajak manusia membuka hati mereka, sekiranya Si Penyeru itu tidak terlebih dahulu tunduk kepada Si Pembuka Hati, yakni Allah SWT, Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya.

-http://ms.langitilahi.com by hilal asyraf-

Related Posts with Thumbnails